awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pak Belang 'jengah' di balik pagar sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2022
22:25 MYT
Pak Belang 'jengah' di balik pagar sekolah
Gambar kehadiran seekor harimau yang dikongsi pengguna Facebook Muhammad Syibli selepas binatang berkenaan dipercayai berada di kawasan sekolah tersebut pada Isnin. -Foto Sinar Harian
GUA MUSANG: Menggerunkan dan menakutkan! Itulah perasaan yang dialami warga Sekolah Kebangsaan (SK) Balar di sini apabila kelibat 'pak belang' dipercayai singgah di sekolah berkenaan pada Isnin.
Perkara tersebut dikongsi seorang pengguna laman sosial Facebook, Muhammad Syibli dengan memuat naik status "Tiger Melaya mari ziarah asrama SK Balar Gua Musang, Doakan Kami sentiasa di dalam perlindungan Allah" yang menjadi perbualan netizen di laman berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum mengenai penemuan berkenaan dan telah melakukan tindakan awal bagi mengesan haiwan berkenaan.
"Kita maklum mengenai penemuan berkenan dan pihak ibu pejabat juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan yang akan kita laksanakan.
"Cuma nasihat saya, hubungi kami segera jika berlaku penemuan dan sebagainya serta jaga diri sepanjang masa. Elak daripada keluar rumah jika tidak ada keperluan.
"Pemantauan berterusan dijalankan bagi menangkap harimau tersebut berdasarkan jarak dan lokasi yang diberikan kepada pihak kami," ujarnya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki orang asli maut dibaham harimau di Kampung Sau dekat Pos Bihai.
Anek Along maut diserang ketika sedang menumbuk padi huma bersama anak perempuannya di belakang rumah pada jam 9.10 pagi.
Susulan kejadian itu, sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 SK Bihai terpaksa ditangguhkan berikutan mengalami ancaman binatang berkenaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau
#pak belang
#SK Balar
#Mohamad Hafid Rohani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan