[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Pakar respiratori persoal keputusan benarkan MP buka pelitup muka ketika berbahas di Dewan Rakyat

Astro Awani 11/10/2021 | 06:03 MYT
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini membenarkan Ahli Parlimen membuka pelitup muka ketika sesi perbahasan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pakar Perubatan Respiratori, Dr Helmy Haja Mydin mempersoal keputusan membenarkan Ahli Parlimen berbahas tanpa memakai pelitup muka.
Beliau menegaskan, tujuan utama memakai pelitup muka adalah untuk mengelakkan tersebarnya aerosol.
"Apa tujuan utama memakai semula topeng muka selepas bercakap?
"Tujuan utama (topeng muka) adalah untuk mengurangkang pelepasan aerosol," kongsinya di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini membenarkan Ahli Parlimen membuka pelitup muka ketika sesi perbahasan.
BACA: Dewan Rakyat benar ahli Parlimen buka pelitup muka ketika berbahas - Speaker
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Parlimen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#topeng muka #SOP Dewan Rakyat #Dr Helmy Haja Mydin #pelitup muka