Pandemik COVID-19 telah menjejaskan periuk nasi banyak pihak, tidak terkecuali golongan seni di bandar raya ini. Jika sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa mereka ada banyak platform bagi pamer hasil seni, kini ia terhad.
Menyedari perlunya ada platform bagi memperkembangkan lagi hasil seni kreatif ini dua sahabat karib Katrisha Lee dan Paul Ooi mewujudkan PaKat bagi memberi ruang kepada warga bandar minyak ini berkongsi bakat seni mereka.
Sejak dibuka 15 Ogos lalu, di Jalan Jade 1, PaKat mula dikunjungi pencinta hasil seni. Di sini mereka bukan hanya berpeluang mempamer hasil kerja tangan malah boleh juga menjualnya.
Menurut Paul yang juga seorang doktor, hasratnya mahu menyediakan ruang dan peluang kepada mereka yang ingin menghasilkan hasil seni dengan identiti tersendiri.
"Apabila ada kedai dan pasar seni, anda akan menyedari ramai bakat terpendam ini adalah dari warga Miri sendiri.
"Mereka membuat patung, mahupun kaligrafi tetapi kebanyakan mereka menjualnya di tempat lain selain Miri."
Sementara itu Katrisha yang sebelum ini terlibat dalam penganjuran Miri Artisan Market mengakui ada keterbatasan yang dihadapi peserta di pasar berkenaan.
Selain beroperasi sekali setiap dua bulan, ia diburukkan lagi dengan pandemik COVID-19 yang memaksa penganjurannya ditangguhkan.
"Oleh itu, kami mahu menubuhkan satu ruang untuk orang ramai terutamanya pada masa ini.
"Pasar seni agak sukar untuk dijalankan selalu supaya boleh mempamerkan produk mereka secara tetap" jelas Katrisha.
Paul dan Katrisha menyambut baik semua hasil seni yang dihasilkan tanpa memandang kepada nilai, kategori ataupun biografi pengkarya.
Sementara itu dalam kalangan penggiat seni mereka menganggap kewujudan PaKat tepat pada masanya.
Bagi Margaret Alau Polter, PaKat bukan sekadar medium untuk mempamerkan hasil seninya dalam masa yang sama mempelajari ilmu baharu dari artis yang lain.
"Mereka bukan sahaja boleh mempamerkan kemahiran dan bakat tetapi juga untuk menjual produk mereka terutamanya ketika pandemik.
"Sekurang-kurangnya ada satu ruang di mana anda tahu barang-barang ini sedang dijual," tambahnya.
Setakat ini PaKat telah berjaya menghimpunkan seramai 40 artisan dari pelbagai latar belakang produk antaranya lukisan, aksesori dan arca.
Pakat dibuka pada setiap hari kecuali Selasa dan ia boleh dikunjungi orang awam tanpa sebarang bayaran
Astro Awani
Tue Aug 25 2020
Antara hasil seni penduduk Miri yang dipamer dan dijual di PaKat - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Australia pulang artifak kerajaan Champa yang dicuri dari Kemboja
Ia susulan siasatan selama berbulan-bulan dijalankan dua negara bagi menentukan asal usul arca tersebut.
Arca Zidane 'tanduk' bakal dipasang semula di Qatar
Masyarakat ketika ini sudah mula memahi di sebalik pembentukan arca tersebut dan sudah biasa dengan keadaan itu.
Tugu Peringatan Puteri Diana dirasmikan sempena ulang tahunnya ke-60
Tugu peringatan itu dibina atas permintaan William dan Harry pada 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka.
Kayu lama dan buruk 'nadi' rezeki Abe G
Jelas Abe G, perabot yang menggunakan elemen kayu terbuang seperti tembesu, kemuning hitam dan cengal merupakan pilihan utama golongan elit.
PaKat bantu rakyat Miri pamer dan jual hasil seni
Pandemik COVID-19 mengehadkan ruang buat warga Miri mempamer dan menjual hasil seni yang dihasilkan.
Arca penunjuk perasaan menggantikan patung Colston di Bristol
Marc Quinn mereka patung dengan menyerupai Jen Reid, seorang penunjuk perasaan yang berdiri di atas alas berkenaan selepas patung Colston ditumbangkan dan dibuang ke dalam perlabuhan Bristol.
Arca Putrajaya tarikan terbaharu di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
Lebih menarik, majlis pelancaran mercu itu disempurnakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai tarikan baharu ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
Neymar dan Messi 'diterbangkan' ke Malaysia?
Bukan sahaja pasukan, tumpuan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa pastinya mengikuti rapat pertembungan legenda bola sepak dari Brazil iaitu Pele dan Diego Maradona dari Argentina.
Patung dewa berkepala haiwan dengan alat kelamin manusia resahkan kementerian Vietnam
Kementerian Kebudayaan Vietnam berkata, patung-patung itu memberi impak negatif kepada 'persekitaran budaya' dan 'selera estetika' masyarakat.
Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur (DiverseCity) 2016 bermula
Acara yang meraikan pelbagai spektrum seni ini dianjurkan buat tahun kedua dan dilangsungkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.