awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan sukar lakukan perubahan ketika mentadbir kerana Tun M tidak komited - Anwar

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
22/09/2022
11:25 MYT
Pakatan Harapan sukar lakukan perubahan ketika mentadbir kerana Tun M tidak komited - Anwar
Pakatan Harapan sukar melakukan reformasi ketika 22 bulan pentadbiran kerana diketuai oleh seorang yang tidak berminat melakukan perubahan, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika 22 bulan pentadbiran kerana diketuai oleh seorang yang tidak berminat melakukan perubahan.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, situasi itu dapat dilihat selepas beberapa bulan gabungan itu mentadbir, politik Malaysia kembali kepada isu perkauman.
Beliau menjelaskan, terdapat siri pertemuan tertutup dengan beberapa menteri dan pemimpin Melayu dilakukan membuktikan perkara yang sama.
"Benar kerajaan Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan tidak benar-benar bersedia tetapi masalah utama kerana diketuai oleh seorang yang bukan reformis.
"Dan selepas beberapa bulan ia terbukti, dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebahagian daripada konspirasi mengembalikan isu perkauman termasuk Kongres Kebangkitan Melayu.
"Kita cuba untuk melakukan reform tetapi sukar kerana yang mengetuai kerajaan ketika itu tidak komited," dakwa Anwar.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangkok sempena lawatan kerjanya sebagai Ketua Pembangkang ke Thailand.
Anwar menegaskan, biarpun beliau tidak melupakan kepentingan hak orang Melayu itu tidak bermakna hak kaum lain di Malaysia perlu diabaikan.
Jelas Anwar, prinsipnya tetap sama iaitu ketika kepentingan orang Melayu perlu dijaga dan dipertahankan, kaum lain tidak boleh disisihkan.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan