Dewan Rakyat diberitahu Kegiatan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands turut menjejaskan industri pelancongan di kawasan tanah tinggi itu selain memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata kemerosotan kehadiran pelancong melibatkan pelawat tempatan dan juga dari negara luar seperti Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.
"Penerokaan tanah secara haram ini menjadi masalah besar kepada penduduk Cameron Highlands... oleh sebab itu saya mahu mewujudkan peranan NGO (badan bukan kerajaan) untuk bantu mengawal keadaan di kawasan itu.
"Oleh kerana hasil pertanian Cameron Highlands menyumbang lebih RM2 bilion kepada eksport negara, saya akan berbincang bersama rakan alam sekitar dan petani bagaimana masalah itu dapat diatasi kerana jika keuntungan terjejas, negara juga yang akan menghadapi masalah," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini Khamis.
Menurut Palanivel, setiap petani yang meneroka tanah secara haram "merampas" tanah kerajaan negeri membabitkan keluasan antara 0.8 dan 1.6 hektar walaupun kerajaan Pahang sudah meluluskan 5,705.17 hektar tanah dengan status lesen menduduki sementara (TOL) untuk aktiviti berkenaan.
Menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai suhu tinggi di Cameron Highlands, Palanivel berkata perkara itu turut disumbangkan oleh fenomena global selain aktiviti penerokaan hutan secara haram.
Katanya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mempunyai perancangan untuk menanam semula pokok bagi memulihkan suhu di kawasan itu.
Selain itu, Palanivel berkata kementeriannya mengenal pasti empat isu utama berkaitan alam sekitar di situ, iaitu hakisan tanah akibat aktiviti penerokaan untuk pertanian yang dikesan berleluasa, masalah kelodak dan pemendapan sungai, pencemaran kualiti air sungai disebabkan sisa aktiviti pertanian serta banjir kilat dan banjir lumpur.
Beliau berkata beberapa jabatan di bawah kementeriannya termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sedang dan akan menjalankan usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Cameron Higlands.
Katanya dalam usaha melebarkan sungai untuk meningkatkan kapasiti air sungai serta menampung air ketika hujan, JPS akan melaksanakan lapan projek kecil bernilai RM1.3 juta tahun ini dan tiga projek kecil bernilai RM1.2 juta tahun depan untuk menangani banjir kilat.
Bernama
Thu Jul 11 2013
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Siasat menyeluruh insiden tanah runtuh Cameron Highlands - NGO
Reach menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.