KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin di pentas antarabangsa menerima penghargaan oleh negara berkenaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penghargaan itu diterima Malaysia menerusi Menteri Luar Palestin, Riyad Al Malk ketika kunjungan beliau ke pejabat kedutaan Palestin di The Hague, Belanda.
“TYT Riyad menyampaikan penghargaan terhadap sokongan Malaysia yang berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Tambahnya, dalam pertemuan itu mereka berdua juga bertukar pandangan dan berbincang berkenaan usaha untuk terus memberikan penekanan kepada masyarakat antarabangsa mengenai usaha menamatkan kekejaman dan 'genocide' yang sedang berlaku di Gaza dan Tebing Barat di Palestin.
“Agenda mengenai penyelesaian isu Palestin melalui 'two state solution' dan penerimaan status negara Palestin yang berdaulat, juga kami bincangkan,” katanya lagi.
Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke The Hague, Belanda untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan awam berhubung permintaan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Beliau akan mengambil bahagian dalam prosedur Pendapat Penasihat berkenaan dengan akibat perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur di mahkamah, The Hague.
Perbicaraan itu diadakan dari 19 hingga 26 Februari dan Mohamad dijadual menyampaikan penghujahan lisan Malaysia pada 22 Februari pada 5.10 petang waktu tempatan (23 Februari pada 12.10 tengah malam waktu Malaysia).
Astro Awani
Wed Feb 21 2024
Mohamad (kiri) berjabat tangan dengan Riyad Al Malk ketika melakukan kunjungan ke atas Menteri Luar Palestin itu di The Hague, Belanda. - Gambar Facebook MOHAMAD HASAN
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
Palestin hargai sokongan Malaysia
Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Luar Palestin, Riyad Al Malk kepada Mohamad.