KANGAR: Anak seorang menteri besar (MB) dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen berjumlah RM600,000.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah jam 8.45 pagi tadi.
Sumber berkata, semua suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan sejak 2022.
Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.
Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar.
Sumber berkata, suspek ditahan antara jam 7 hingga 8 pagi semalam dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Apr 24 2024
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah jam 8.45 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
PRK KKB: PH kekal di KKB, rakyat tolak politik perkauman - Nazri
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuktikan rakyat menolak politik perkauman yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).
PH pertahan kerusi, Pang Sock Tao menang majoriti 3,869 undi
Selepas 14 hari berkempen… mandat telah pun diberi kepada wakil rakyat yang akan menerajui Kuala Kubu Baharu.
Di mana Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan menyaksikan ayam tambatan daripada Pakatan Harapan berjaya menambat hati pengundi di kawasan berkenaan….
Di mana Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan menyaksikan ayam tambatan daripada Pakatan Harapan berjaya menambat hati pengundi di kawasan berkenaan….
Semangat kekitaan faktor kemenangan PH di Kuala Kubu Baharu
Presiden UMNO yang juga merangkap sebagai timbalan perdana menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Pang Sock Tao atas kemenangannya di Kuala Kubu Baharu pada Sabtu.
PM ucap tahniah atas kejayaan PH pertahan kemenangan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Saya wakil rakyat semua, tidak kira latar belakang politik - Pang
Pang Sock Tao akan bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan masalah penduduk tanpa mengira latar belakang politik
PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Sambutan 25 Tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat
Kehadiran hampir 10,000 pengunjung memeriahkan acara Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul sejak pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Ke arah multipolarisasi yang adil dan teratur
Sejauh mana pentingnya multipolarisasi yang adil dan teratur dalam senario geopolitik yang tidak menentu? Bagaimana pendekatan ini memacu pembangunan bersama dan merungkai cabaran yang bersifat global? Diskusi dan analisis Agenda Awani Asia 9:00 malam ini.
Kemenangan wakil Kerajaan Perpaduan bukti kerjasama erat, dapat kepercayaan rakyat - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang meyakinkan dan selesa.
Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.