awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran pertahanan terbesar Asia di Kuala Lumpur disertai 50 negara

Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
14/04/2014
14:48 MYT
Pameran pertahanan terbesar Asia di Kuala Lumpur disertai 50 negara
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (tiga, kiri) ketika melancarkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-14 di Wisma Perwira, pada Ahad. --FotoBERNAMA
Pameran peralatan dan teknologi pertahanan "Defence Services Asia 2014" (DSA) yang bermula hari ini menyaksikan ruang pameran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi dengan peralatan ketenteraan canggih abad ini.
Ia merupakan platform yang terbesar disediakan bagi merancakkan lagi industri pertahanan dan keselamatan di rantau Asia.
Disertai lebih 1,000 pempamer dari 50 negara, DSA 2014 membuka peluang kepada Malaysia serta negara ASEAN untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat khususnya dalam industri pertahanan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penganjuran DSA kali ini menjadi pemangkin untuk negara peserta mengkoordinasi bidang pertahanan masing-masing bagi menghadapi pelbagai kemungkinan ancaman pada masa depan.
"Sasarannya ialah memastikan Asean dilihat sebagai satu blok yang boleh bekerjasama dan boleh dikoordinasi dari segi industri pertahanan selain memberi fokus terhadap isu berkaitan ancaman-ancaman baru," katanya sehari sebelum pembukaan DSA 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Selepas menyempurnakan upacara perasmian DSA 2014 di PWTC hari ini, Hishammuddin meluangkan masa kira-kira lima jam melawat gerai pempamer di PWTC.
Pameran DSA 2014 yang berlangsung sehingga Khamis merupakan pameran peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaian keselamatan generik terkini untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara serta negara-negara Asia Pasifik.
Hishammuddin berkata penganjuran kali ini mencatat penyertaan terbesar sejak ia dianjurkan pada 1988. Edisi 2012 menyaksikan penglibatan 850 pempamer.
Beliau menarik perhatian bahawa pengurangan dalam bajet pertahanan melalui koordinasi dalam kalangan negara Asean turut menjadi elemen utama dalam penganjuran DSA kali ni.
"Kalau dilihat dari segi luar kotak kerana kalau ancamannya sama, bagaimana kita dapat bekerjasama dengan negara Asean yang lain supaya tidak ada pembaziran dalam bajet pertahanan.
"Adalah penting untuk kami mencari jalan yang kreatif dan murni untuk melihat industri pertahanan...satu cara melakukannya ialah dengan melihat Asean sebagai satu pasaran," katanya.
Asean dianggotai Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Topic Berkaitan
#Defence Services Asia 2014
#DSA 2014
#Hishammuddin Tun Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan