KUALA NERUS: Jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon memuji anak buahnya selepas Malaysia membenam Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.
Pan Gon mengakui sangat gembira dengan komitmen ditunjukkan pemain setelah skuad Harimau Malaya mempamerkan persembahan berkualiti tinggi dan menarik di hadapan hampir 10,000 penonton di stadium.
Beliau berkata apa yang ditunjukkan pemainnya malam tadi memerlukan usaha dan kerja keras demi memenuhi permintaan barisan kejurulatihan, selain perlu berdepan tekanan hebat untuk melaksanakan taktikal pasukan pada setiap perlawanan.
"Mereka (pemain) sentiasa mencuba meningkatkan kualiti permainan dan sangat penting untuk melihat mereka berada dalam tekanan kerana kami (barisan kejurulatihan) datang ke sini untuk mengubah bola sepak Malaysia menjadi positif, dominan dan proaktif.
"Jadi, bagi saya, saya gembira malam ini (tadi) tetapi ini bukanlah penamat kempen, hanya satu perlawanan ... namun bola sepak seperti ini yang kami mahu bermain menentang pasukan kuat dan itulah sasaran kami," kata Pan Gon pada sidang media selepas perlawanan di sini malam tadi.
Mengulas mengenai kemajuan yang dapat dilihat sejak mengambil alih pasukan pada Januari tahun lepas, Pan Gon berkata tahap keyakinan pemain semakin meningkat dalam setiap perlawanan walaupun adakalanya mereka bergelut, namun apa yang penting ialah mereka tidak gentar.
Beliau berkata ketakutan boleh menjejaskan tumpuan, sekali gus menyukarkan pasukan untuk beraksi dengan baik.
"Seperti pada separuh masa kedua (malam tadi), ia bukan sesuatu yang boleh saya ajar. Ia hadir secara semula jadi daripada pemain, ia datang dari lubuk hati mereka ... saya rasa tahap keyakinan mereka sudah bertambah baik.
"Dan juga pada satu setengah tahun yang lepas, mereka cuba untuk memahami model permainan dan pendekatan taktikal kami. Kami berikan banyak maklumat kepada pemain, saya dapat lihat mereka sangat bijak dan saya bangga dengan mereka," kata jurulatih berusia 54 tahun itu.
Pada pertembungan malam tadi, persembahan cemerlang pada babak kedua menyaksikan skuad bimbingan jurulatih dari Korea Selatan itu menjaringkan sembilan gol selepas mendahului pada penghujung babak pertama menerusi penalti Muhammad Safawi Rasid.
Pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan pemain naturalisasi Paulo Josue mencuri tumpuan selepas masing-masing meledak empat dan tiga gol manakala pemain gantian lain Mohamad Faisal Abdul Halim dan Daniel Ting masing-masing menjaringkan satu gol.
Kejayaan itu menyaksikan Harimau Malaya merakam kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi persahabatan sejak Mac lepas dan mencatat kemenangan terbesar sejak menewaskan Bhutan 7-0 semasa saingan persahabatan pada April 2018.
Sementara itu, ketua jurulatih Papua New Guinea Harrison Kamake yang terkejut dengan kekalahan besar itu berkata kegagalan pasukannya untuk mematuhi arahan menjadi punca mereka dibolosi sembilan gol pada babak kedua.
"(Perlawanan) ini sukar buat pemain saya, ternyata Malaysia pasukan yang lebih baik, kredit penuh diberikan kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Pan Gon mengakui sangat gembira dengan komitmen ditunjukkan pemain setelah skuad Harimau Malaya mempamerkan persembahan berkualiti tinggi dan menarik di hadapan hampir 10,000 penonton di stadium. - Gambar fail
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Tikus besar ini menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
16 titik panas global berdepan krisis kelaparan yang serius - Laporan
Laporan oleh FAO dan WFP itu menyatakan bahawa tiada keterjaminan makanan yang akut mengancam 22 negara.
Israel dijangka lancar operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR
Jismi berkata, RUU yang diluluskan bagi mengharamkan UNRWA adalah bagi memastikan Israel tidak dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kezaliman.
Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Tumpuan Jumaat – 1 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (31 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Harimau Malaya tidak gentar dengan faktor fizikal pemain Turkmenistan - Dominic Tan
Faktor fizikal pasukan Turkmenistan yang jauh lebih besar berbanding skuad bola sepak kebangsaan diakui tidak mendatangkan kegentaran kepada skuad negara.
Sabar... Pan Gon berusaha tumpu identiti baharu Harimau Malaya
"Saya fikir kadangkala situasi ini berlaku, kita boleh belajar sesuatu daripadanya. Bagi saya, ia adalah permainan ujian yang sangat bagus."