awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandangan orang awam digalakkan dalam kajian bagi mencapai demokrasi yang lebih baik

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2020
16:43 MYT
Pandangan orang awam digalakkan dalam kajian bagi mencapai demokrasi yang lebih baik
Sebuah kajian terperinci bagi memastikan Malaysia menuju ke arah demokrasi yang lebih maju sedang dijalankan oleh sebuah pasukan penyelidik yang diketuai oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.
KUALA LUMPUR:Sebuah kajian terperinci bagi memastikan Malaysia menuju ke arah demokrasi yang lebih maju sedang dijalankan oleh sebuah pasukan penyelidik yang diketuai oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.
Dr Anis yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) berkata kajian tersebut adalah bagi mengenal pasti asas kepada struktur demokrasi negara ini dan penambahbaikan serta pembaharuan yang boleh dilakukan.
Dalam satu kenyataan, Dr Anis menjelaskan, kajian Making A Better Malaysia (MABM) yang telah dimulakan sejak awal September lepas tercetus oleh dua persoalan, iaitu;
1) Berdasarkan peristiwa-peristiwa sejak tiga tahun lepas selepas PRU14, adakah Malaysia sebuah negara dalam krisis atau adakah beberapa sistem yang mengalami krisis perlu diubah? Jika ya, apakah sistem tersebut?
Based on events of the last 3 years, since GE14, is Malaysia a nation in crisis or are parts of the system in crisis needing reform? If so which parts?
2) Adakah sistem demokrasi itu sendiri berada dalam krisis dan adakah sistem yang diamalkan di Malaysia ini masih sesuai?
Is democracy itself in crisis and is the Malaysian model still suitable?
Daripada dua persoalan ini, pasukan penyelidik itu menghasilkan beberapa soalan yang boleh diperdebatkan.
Bagi fasa pertama, kajian ini telah mendapat pandangan dan khidmat nasihat daripada anjuran meja bulat yang dihadiri oleh ahli politik, pakar perundangan, ahli akademik, pegawai swasta, pengawal selia, orang awam dan pihak media dari semua peringkat umur, jantina dan demografi.
MABM kini dalam fasa kedua bagi meneruskan kajian ini di mana proses seterusnya merangkumi temubual bersama penggubal undang-undang dan pegawai perkhidmatan awam bagi memahami pandangan dan pengalaman mereka.
Malah pasukan kajian ini turut menyeru agar orang ramai untuk menyatakan pandangan dan hasrat mereka melalui pautan e-mel berikut; [email protected].
Untuk maklumat lanjut mengenai kajian ini, anda boleh layari www.mybetterfuture.org.
Topic Berkaitan
#integriti
#undang-undang
#Malaysia
#Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
#demokrasi
#Making A Better Malaysia
#Perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan