Terpulang kepada mana-mana ahli Dewan Rakyat sama ada untuk membentangkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kawalan pengurusan tadbir urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat.
Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, selepas PAC sudah melakukan tugas mereka, kini tugas ahli-ahli Dewan Rakyat pula menentukan sama ada ia perlu dibahaskan ataupun tidak.
Menurut Pandikar Amin, sekiranya perkara ini dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat akan datang dan ada ahli majlis ingin membuat kenyataan mengenainya, mereka tidak akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 85.
BACA: 5 percanggahan utama tindakan pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB
Pada masa sama, katanya, tiada keperluan mesyuarat khas berkenaan kawalan pengurusan tadbir urus 1MDB dilakukan.
Jelasnya, satu-satunya perbahasan khas yang boleh dilakukan adalah di bawah peraturan Mesyuarat 18.
Beliau ditemui selepas mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat sesi pagi di Parlimen, pada Khamis.
BACA: Laporan PAC menunjukkan dakwaan Tun Mahathir tidak benar - Najib
PAC, dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkannya di Dewan Rakyat meminta pihak berkuasa menyiasat Shahrol Azral dan para pegawai lain yang berkenaan.
PAC berkata Shahrol Azral perlu bertanggungjawab bagi kelemahan dan kekangan yang wujud dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
BACA: Laporan PAC - Tiada kesalahan dalam 1MDB semasa saya berkhidmat - Shahrol Azral
Astro Awani
Fri Apr 08 2016
Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tugas ahli-ahli dewan rakyat pula menentukan sama ada laporan PAC perlu dibahaskan ataupun tidak.
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.