Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk membatalkan usul Rafizi Ramli (PKR-Pandan) merujuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung isu status kewangan 1Malaysia Development Board (1MDB).
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ini kerana Ahmad didapati tidak berniat mengelirukan dewan semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada 6 Nov lepas.
Pada 12 Nov lepas, Rafizi membawa usul untuk merujuk Ahmad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas atas alasan kononnya Ahmad berniat mengelirukan Dewan Rakyat.
Hari ini, Dewan Rakyat turut mendengar hujah penjelasan dari Ahmad dan Rafizi.
Pandikar Amin berkata beliau telah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan Ahmad dan Rafizi kepadanya.
"Setelah mengambil kira semua ini, saya berpendapat (ia) tidak perlu dibahas, tidak perlu dirujuk ke mana-mana, oleh kerana dia (Ahmad) telah mengatakan bahawa dia tidak berniat sama sekali untuk mengelirukan Dewan.
"Ini keputusan saya. Saya berharap perkara ini selesai kerana dia tidak ada niat untuk kelirukan Dewan," kata beliau.
Pandikar Amin menjelaskan bagi seseorang Anggota Parlimen untuk dirujuk ke jawatankuasa itu, ia perlu memenuhi tiga syarat iaitu memberi hujah fakta salah, dan apabila mendapati kesalahan tersebut, tidak mempunyai usaha untuk memperbetulkannya selain menpunyai niat untuk mengelirukan Dewan.
Semasa memberi penjelasannya, Ahmad mengaku beliau telah tertinggal enam perkataan iaitu "tidak ada surat jaminan lain semua" semasa memberi jawapan mengenai bon US$3 juta 1MDB pada 6 Nov lepas.
Beliau berkata jaminan kerajaan untuk 1MDB hanya kepada pinjaman RM5.8 bilion dan tidak ada sebarang sukar sokongan yang memberi jaminan lain kepada bon bernilai US$3 juta itu.
"Saya menerima kekhilafan atas tertinggalnya enam perkataan itu yang menyebabkan salah faham. Saya tiada sebarang niat untuk mengelirukan dewan," kata Ahmad.
Bernama
Tue Nov 18 2014
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) berkata ini kerana Ahmad didapati tidak berniat mengelirukan dewan. - Gambar Fail
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.