awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandora Papers: Anwar sedia beri kerjasama kepada SPRM

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2021
13:07 MYT
Pandora Papers: Anwar sedia beri kerjasama kepada SPRM
Anwar berharap isu Kertas Pandora tidak didiamkan begitu sahaja oleh kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers.
Anwar menjelaskan, pendedahan yang dibuat oleh beliau di Parlimen sejak 2012 harus segera disiasat dan beliau mengalu-alukan perkara itu dibuat oleh kerajaan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap isu Pandora Papers tidak didiamkan begitu sahaja oleh kerajaan.
“Saya tidak ada masalah (untuk dipanggil SPRM). Saya boleh beri kerjasama tapi sebagaimana kita tahu kita mahu siasatan itu melibatkan agensi seperti Bank Negara Malaysia, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).
“Saya akan beri kerjasama apa yang saya ada tambahan yang lebih.
“Seperti yang kita tahu ia satu badan antarabangsa yang buat siasatan, sepatutnya SPRM menyegerakan kerana ini bukan benda baharu, kes ini keluar daripada badan integriti antarabangsa yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan semenjak 2012 lagi,” katanya.
BACA: Pandora Papers: SPRM kerjasama dengan Bank Negara lakukan siasatan
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Wisma SP Care dan majlis penghargaan barisan hadapan SP Care di Serendah, hari ini.
SPRM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan suruhanjaya itu akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Pandora Papers.
BACA: Pandora Papers: Kerajaan serah pada pihak berkuasa ambil tindakan, jamin tiada campur tangan - PM
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#SPRM
#Pandora Papers
#Siasat
#BNM
#Bank Negara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan