awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga

Bernama
Bernama
20/05/2025
15:00 MYT
Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Tengku Shireen Tengku Suleiman (tengah) bergambar bersama perwakilan pada Majlis Penutup Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung PPPM Ke-60 hari ini. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental, termasuk dalam memimpin keluarga, kata Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri Malaysia Datuk Tengku Shireen Tengku Suleiman.
Beliau berkata wanita bukan sahaja memainkan peranan penting dalam keluarga dengan membantu suami, malah mereka juga menjadi pemimpin berwibawa dalam masyarakat dan negara.
Dengan merujuk kepada tema persidangan Persidangan Pandu Puteri kali ini "Our Story", beliau berkata ia membawa makna yang sangat mendalam kepada wanita, dengan setiap ahli Pandu Puteri dari pelbagai peringkat dan latar belakang mempunyai cerita unik yang berpaksikan nilai dan semangat yang sama.
"Cerita kita adalah tentang keberanian, kebersamaan, kepemimpinan dan khidmat," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan berkenaan di sini hari ini.
Shireen berkata tema itu juga menjadi warisan yang diserahkan secara berterusan dari satu generasi ke generasi seterusnya tanpa putus.
"Saya percaya segala perbincangan, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang persidangan ini akan memberi manfaat besar kepada hala tuju persatuan kita. Selepas berakhirnya persidangan ini, diharap ia akan membawa semangat baharu, inspirasi segar serta tekad yang lebih utuh untuk terus berkhidmat dalam gerakan Pandu Puteri," katanya.
Turut hadir di majlis penutup ini ialah Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Datuk Yeoh Soo Keng dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Cawangan Kelantan Rosnah Mohamad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pandu Puteri
#manfaat besar
#cerita unik
#wanita muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan