awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu uji kereta: Polis sudah rakam percakapan lima individu, MB Kedah akan dipanggil

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/06/2021
05:27 MYT
Pandu uji kereta: Polis sudah rakam percakapan lima individu, MB Kedah akan dipanggil
Shafee (gambar) ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan d rujuk ke pejabat pendakwa raya sebaik siasatan selesai. - Gambar fail
BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang sudah mengambil keterangan lima individu berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Shafee Abd Samad ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan d rujuk ke pejabat pendakwa raya sebaik siasatan selesai.
"Pihak polis sudah merakam percakapan lima individu setakat ini, kita juga akan mengambil keterangan Menteri Besar untuk siasatan lanjut kes tersebut.
"Kertas siasatan akan segera di rujuk ke pihak pendakwa raya selepas semua keterangan diambil dan siasatan lengkap," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
BACA: Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat
[TERKINI] Polis sudah rakam percakapan lima individu, MB Kedah akan dipanggil
Difahamkan polis akan mengambil keterangan Muhamad Sanusi petang ini bagi membantu siasatan.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
PKP Penuh | Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta
Pada Ahad, beberapa gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan di Juru, Pulau Pinang tular di media sosial.
Tindakan itu menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh dan pusat jualan serta pameran kenderaan antara sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.
Topic Berkaitan
#pandu uji kereta
#MB Kedah
#Tular
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Seberang Perai
#sekatan pergerakan penuh
#Kedah
#PKP
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan