awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
[KOLUMNIS] 2026: Krisis peralihan serentak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panel FDA tolak rancangan suntikan penggalak Pfizer

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2021
00:50 MYT
Panel FDA tolak rancangan suntikan penggalak Pfizer
Selama beberapa jam perbincangan, ahli panel FDA menyuarakan kekecewaan apabila Pfizer hanya memberikan sedikit data mengenai keselamatan dos tambahan. - Gambar hiasan
PENTADBIRAN Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menolak rancangan suntikan penggalak Pfizer kepada warga negara itu.
Keputusan pungutan suara pada Jumaat yang mendapati 16 menolak dan dua menyokong, adalah satu tamparan terhadap usaha Joe Biden untuk meningkatkan perlindungan di saat terjadi penularan jangkitan COVID-19 akibat varian Delta.
"Adakah data keselamatan dan keberkesanan dari ujian klinikal menyokong kelulusan dos penggalak Comirnaty yang diberikan sekurang-kurangnya enam bulan setelah selesai dos utama, untuk digunakan pada individu berusia 16 tahun dan ke atas?" soal Dr Arnold Monto, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Vaksin FDA.
Sementara itu, Kathleen Hayes, Pegawai Persekutuan FDA berkata: "Undian ini tidak lulus kerana majoriti memilih untuk menolak."
Selama beberapa jam perbincangan, ahli panel FDA menyuarakan kekecewaan apabila Pfizer hanya memberikan sedikit data mengenai keselamatan dos tambahan.
Katanya, data yang diberikan oleh penyelidik mengenai keselamatan dos penggalak adalah tidak sesuai dengan keadaan semasa AS.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#Pfizer
#suntikan penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan