[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional
![[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional [TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-09/61757238557_Azminbersatu.jpg)
Menurut Azmin, pelantikan ke jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Menurut beliau, pelantikan ke jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Muhyiddin.
"Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, Mohamed Azmin turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Selangor, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama semua pihak.
Peletakan jawatan Mohamed Azmin menyusul selepas keputusan dibuat Muhyiddin, untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


