awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panel RSPO perhalusi butiran bintik panas Indonesia

Bernama
Bernama
16/07/2013
01:22 MYT
Panel RSPO perhalusi butiran bintik panas Indonesia
Meja Bulat mengenai Kelestarian Minyak Sawit (RSPO) akan menentukan sama ada punca kebakaran di kalangan 74 bintik panas di konsesi milik PT Jatim Jaya Perkasa merupakan kegagalan sistem dalam mengurus alam sekitar atau sebaliknya.
Bintik panas dikesan dari 1 hingga 26 Jun tahun ini.
RSPO berkata perkara itu akan dirujuk kepada Panel Aduan untuk dibincang, dinilai dan dibuat keputusan.
"Sementara itu, RSPO menggesa PT Jatim Jaya Perkasa supaya bertindak dengan segera bagi menangani kebakaran yang mungkin masih aktif dalam konsesi mereka," katanya dalam satu kenyataan Isnin.
Ia berkata pada 24 Jun, RSPO memohon lima ahli syarikatnya yang dilapor dikaitkan dengan kebakaran hutan di Sumatera agar mengemukakan peta digital kawasan konsesi mereka di Indonesia.
Sehingga 9 Julai, empat dari mereka iaitu Sime Darby, Kuala Lumpur Kepong, Golden Agri Resources dan Tabung Haji Plantations telah mengemukakan peta digital yang diperlukan itu.
Kenyataan itu berkata pada 10 Julai, PT Jatim Jaya Perkasa telah mengemukakan maklumat konsesinya dalam bentuk yang diperlukan.
Ia menyebut amaran kebakaran di dalam sempadan syarikat itu telah dianalisis secara berasingan oleh World Resources Institute dan saintis Malaysia Dr Khali Aziz Hamzah dari Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM).
RSPO bukan merupakan persatuan mencari keuntungan yang menyatu pemegang kepentingan dari pelbagai sektor industri minyak sawit untuk membangun dan melaksana piawaian global bagi kelestarian minyak sawit.
Kebakaran hutan yang berasal dari Indonesia dikatakan sebagai punca jerebu yang melanda rantau ini baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#jerebu
#RSPO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan