Tiga suspek yang ditahan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di hutan berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau, Khamis lalu panik selepas menyedari mereka tertembak rakan sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Rahman berkata, mangsa bersama tiga suspek telah pergi berburu di hutan berkenaan menggunakan senapang patah buatan sendiri.
"Ketika pemburuan tersebut, mereka telah berpecah dan salah seorang rakan yang menyangka melihat seekor kijang telah melepaskan tembakan.
"Setelah menyedari makhluk yang ditembak adalah rakan mereka sendiri dan bukan kijang, mereka jadi takut dan melarikan diri dengan harapan mayat mangsa akan reput dan tidak dapat dikesan.
"Ketiga-tiga suspek turut memusnahkan barang-barang peribadi mangsa seperti beg dompet, telefon bimbit manakala kad pengenalan mangsa yang dihancurkan dan dibuang ke dalam anak sungai di kawasan Bagan Pasir, Jalan Grik-Kupang," katanya kepada Astro AWANI.
Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia, 26, 31 dan 39 tahun sekitar jam 9.30 pagi, pada Jumaat di Kupang, Kedah.
BACA: Tiga lelaki ditahan, jumpa mayat lelaki dengan kesan tembakan
Mayat Mohamad Haniff Mat Zabidi, 24, dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat kesan tembakan dan ditinggalkan di lokasi kejadian.
Mangsa yang dipercayai tidak pulang ke rumah sejak lima hari lalu ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang, kelmarin.
Tambah Yahya, pihaknya turut menemui senapang laras patah dan 31 butir peluru hidup yang telah ditanam juga ditemui di belakang rumah salah seorang suspek.
Polis juga menahan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun kerana menjual peluru hidup kepada salah seorang saspek beberapa kali sebelum kejadian ini.
"Ketiga-tiga suspek direman lima hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Feb 24 2018
Mayat Mohamad Haniff Mat Zabidi, 24, dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat kesan tembakan dan ditinggalkan di lokasi kejadian. - Foto ihsan
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu
Pihaknya menerima laporan berhubung kes itu selepas suspek, yang juga abang ipar mangsa, tampil ke balai polis untuk menyerah diri pada pagi Ahad.
Panik tertembak rakan disangka kijang
Tiga suspek yang ditahan berhubung penemuan mayat seorang lelaki panik selepas mereka tertembak rakan sendiri yang disangka kijang ketika berburu.