awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pannir Selvam dijadual jalani hukuman mati di Singapura pada 8 Okt

Bernama
Bernama
04/10/2025
10:45 MYT
Pannir Selvam dijadual jalani hukuman mati di Singapura pada 8 Okt
Pannir Selvam dijadual jalani hukuman mati di Singapura pada 8 Okt selepas permohonan pascarayuan ditolak. - Gambar fail
SINGAPURA: Banduan akhir warga Malaysia Pannir Selvam Pranthaman dijadual menjalani hukuman mati di Singapura pada 8 Okt ini, sebulan selepas permohonan pascarayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Ringkasan AI
  • Pannir Selvam dijadual jalani hukuman mati di Singapura pada 8 Okt selepas permohonan pascarayuan ditolak; notis pelaksanaan diserahkan kepada keluarga.
  • Banduan disabit kesalahan bawa masuk 51.84 gram diamorfin pada 2017 dan gagal dalam rayuan serta petisyen pengampunan; pernah diberi dua kali penangguhan hukuman.
  • Jika dilaksanakan, ini hukuman mati kedua rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu, susulan kes K. Datchinamurthy pada 25 Sept; dua lagi rakyat Malaysia dihukum mati Julai lalu.

Peguam keluarganya N. Surendran berkata notis pelaksanaan hukuman mati itu diserahkan kepada keluarga pada pagi Sabtu.
"Pihak keluarga dibenarkan membuat dua lawatan sehari sehingga 7 Okt. Kami akan maklumkan perkembangan lanjut mengenai langkah seterusnya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Pannir Selvam, 38, disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2 Mei 2017 atas kesalahan membawa masuk tidak kurang daripada 51.84 gram diamorfin ke Singapura dan dijatuhi hukuman mati mandatori.
Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Feb 2018, manakala petisyen pengampunannya kepada Presiden Singapura turut ditolak.
Pannir Selvam sebelum ini pernah diberikan penangguhan hukuman sebanyak dua kali. Kali pertama pada Mei 2019, atas alasan beliau berhasrat mencabar penolakan petisyen pengampunan dan keputusan Pendakwa Raya untuk tidak mengeluarkan sijil bantuan substantif kepadanya.
Penangguhan pelaksanaan hukuman kali kedua diberikan pada Feb 2025, sementara menunggu keputusan permohonan pascarayuan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman yang kemudiannya ditolak pada 5 Sept.
Jika dilaksanakan, ia akan menjadi pelaksanaan hukuman mati kedua ke atas rakyat Malaysia di republik itu dalam tempoh dua minggu, susulan hukuman mati K. Datchinamurthy pada 25 Sept.
Dua lagi rakyat Malaysia turut menjalani hukuman mati atas kesalahan berkaitan dadah pada Julai tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan akhir warga Malaysia
#jalani hukuman mati
#Pannir Selvam Pranthaman
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan