awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantai Mawar, Mersing ditutup sementara

Bernama
Bernama
08/02/2023
03:36 MYT
Pantai Mawar, Mersing ditutup sementara
Kawasan Pantai Mawar di sini ditutup sementara kepada orang awam bermula semalam susulan operasi SAR seorang pelajar IPTS yang dilaporkan hilang selepas dipercayai mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar. - Gambar BERNAMA
MERSING: Kawasan Pantai Mawar di sini ditutup sementara kepada orang awam bermula semalam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata, penutupan itu susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dilaporkan hilang selepas dipercayai mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar masih dijalankan oleh pihak berkuasa.
"Perkara ini selari dengan ketetapan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang penutupan kawasan-kawasan rekreasi yang berisiko sepanjang musim Monsun Timur Laut.
"Orang ramai dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga serta patuh kepada setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya menerusi notis dimuat naik di Facebook Pejabat Daerah Mersing.
Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi pihak Jawatankuasa Keselamatan Daerah Mersing di talian 07-7998831.
Laporan mengenai kehilangan Muhamad Akmal Hakimi Ishak, 20, dibuat bapanya di Balai Polis Kluang awal pagi Jumaat (3 Feb) lepas, selepas pemuda itu tidak pulang ke rumahnya di Kluang sejak Rabu (1 Feb).
Polis kemudiannya menerima laporan mengenai penemuan motosikal dipercayai milik mangsa dalam keadaan baik dan tidak berkunci di kawasan berhampiran Pulau Mawar kira-kira 11.30 pagi, Jumaat lepas dan melancarkan SAR pada 5 petang, hari sama. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pantai Mawar
#Pantai Mawar ditutup sementara
#pelajar IPTS hilang
#daki Pulau Mawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan