awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantai Teluk Kalong terus jadi tumpuan pengunjung

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
07/05/2022
22:16 MYT
Pantai Teluk Kalong terus jadi tumpuan pengunjung
Orang ramai mengambil peluang sempena cuti perayaan Aidilfitri untuk berkelah di pantai berkenaan serta beriadah bersama keluarga. - Astro AWANI
KEMAMAN: Meskipun kerap berlaku kejadian lemas di Pantai Teluk Kalong, di sini, namun ia terus menjadi tumpuan pengunjung tanpa menghiraukan papan tanda amaran dan larangan melakukan aktiviti mandi-manda.
Tinjauan mendapati, orang ramai mengambil peluang sempena cuti perayaan Aidilfitri untuk berkelah di pantai berkenaan serta beriadah bersama keluarga.
Menurut penduduk tempatan, arus deras terutama pada waktu petang amat berbahaya kepada pengunjung berikutan pertembungan arus pasang dan surut.
Keadaan itu boleh mengakibatkan mangsa yang sedang mandi dihanyutkan arus secara tiba-tiba.
"Bahaya sini, kalau boleh kita katakan sini bahayanya olak batu, olak batu ini memang kuat.
"Apabila angin bertembung dengan olak batu, akan terjadi sedikit pusaran," kata nelayan Ayub Ibrahim.
Dalam kejadian petang Khamis lalu, seorang warga China ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama tujuh rakannya.
BACA: Lelaki warga China ditemui lemas
Mayatnya ditemui terapung oleh nelayan kira-kira 100 meter dari pesisir pantai sekitar jam 7.30 petang.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menjalankan rondaan berkala serta pemantauan di beberapa pantai peranginan di daerah Kemaman.
Pihaknya turut menasihati pengunjung mengenai bahaya keadaan pantai di daerah terbabit bagi mengelak sebarang kejadian buruk berlaku.
Topic Berkaitan
#lemas
#pantai bahaya
#Teluk Kalong
#pengunjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan