Pantau emosi dan media sosial anak-anak - Dr Wan Azizah

Dr Wan Azizah menyampaikan ucapan perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di Putrajaya, hari ini. - Foto LPPKN
PUTRAJAYA: Ibu bapa harus lebih peka terhadap tekanan dan pengaruh kompleks yang dihadapi anak-anak, khususnya dalam era media sosial yang semakin canggih.
Ringkasan AI
- Ibu bapa perlu peka terhadap tekanan dan pengaruh kompleks yang dihadapi anak-anak, terutama dalam era media sosial yang canggih.
- Insiden-insiden menyedihkan melibatkan kanak-kanak dan remaja menunjukkan keperluan untuk menilai semula peranan keluarga sebagai benteng utama.
- Keluarga perlu menjadi institusi teras yang memberi perlindungan dan tempat untuk anak-anak bercerita tanpa takut dihakimi.
“Setiap kali kejadian seperti ini tular, kita tertanya-tanya apakah sebenarnya sedang berlaku kepada anak-anak kita?
"Sedar tidak sedar, mereka kini berdepan dengan tekanan dan pengaruh yang semakin kompleks, daripada media sosial,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di sini, hari ini.
Justeru, beliau berkata, dalam menghadapi cabaran tersebut, keluarga perlu menjadi institusi teras yang berperanan sebagai benteng, tempat berbincang dan perlindungan utama bagi anak-anak.
“Kita perlu pantau aktiviti media sosial anak-anak. Kita haruslah mengenali perubahan emosi atau tingkah laku mereka dan membuka ruang kepada anak-anak bercerita, tanpa membuat penilaian awal,
without being judgemental,” tambahnya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut menyeru agar hubungan kekeluargaan yang renggang dipulihkan semula, selain mengingatkan setiap individu agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing.
“Selalulah bertanya khabar adik-beradik, anak-anak, ibu bapa. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai ibu, bapa, anak, bekas isteri atau bekas suami dalam apa jua keadaan.
“Jangan culas, jangan lari daripada tanggungjawab. Tidak salah untuk meminta bantuan,” tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


