[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Pantau pelancong asing di jeti, pelabuhan negara

Farhana Joni 29/01/2020 | 08:38 MYT
Jabatan Laut Malaysia memantau pelancong asing di jeti dan pelabuhan negara bagi mengekang jangkitan koronavirus. - Flickr
Pelancong-pelancong asing yang memasuki negara melalui laluan Terminal Penumpang Antarabangsa dan Terminal Kapal Cruise akan dipantau.
Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan media berkata, langkah itu diambil sebagai kesiapsiagaan menghadapi potensi penularan jangkitan koronavirus di jeti dan pelabuhan negara.
Pemantauan itu akan dilakukan oleh Jabatan Laut Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah atau Negeri serta Pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan.
"Kemasukan bot layar dari China akan dimaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Negeri serta Pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan," katanya pada Rabu.
Jabatan laut, Malaysia, coronavirus
Dalam kenyataan sama, Jabatan Laut Malaysia menegaskan, pihaknya akan memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan jika pelabuhan terakhir kapal itu dari China.
"Sekiranya ada kes, kapal akan dikuarantin di kawasan kuarantin sebagai contoh Perairan Pintu Gedong untuk Selangor," katanya.
#bot layar #China #Jabatan Laut Malaysia #kapal #koronavirus #pelancong