KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah perlu ditambah baik dengan memaparkan lebih banyak kisah serta peristiwa tokoh dan wira tempatan sebagai usaha menyuburkan semangat patriotisme.
Bekas perajurit negara Kapten (B) V. Panirchellvum berkata langkah itu akan membantu membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda bermula dari bangku sekolah lagi sekali gus menanamkan semangat cintakan negara.
"Generasi hari ini tidak pernah melalui semua 'kesusahan' yang dihadapi pada zaman 1950-an hingga 1970-an, menyebabkan semangat patriotisme kurang dalam jati diri masing-masing.
"Jadi, apa salahnya beri penekanan terhadap kepentingan mata pelajaran dan ubah suai kandungannya agar golongan ini tahu sumbangan dan pengorbanan yang dimainkan oleh tokoh dan wira daripada pelbagai kaum di negara ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya dengan cara itu juga perpaduan dalam kalangan masyarat pelbagai kaum di negara ini terutama generasi muda dapat diperkukuh dan tidak mudah goyah apabila timbul sesuatu isu yang menyentuh sesuatu kaum.
Panirchellvum, 67, pernah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 7 Jun 1978 atas keberanian bersama pasukannya membunuh tiga pengganas komunis dan menahan seorang daripada mereka menerusi Operasi Pagar pada 14 Feb 1977 di Ayer Kala, Gerik, Perak.
Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Panirchellvum yang ketika itu berpangkat Leftenan Muda dari Platun 8, Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3RRD), ditugaskan mengetuai empat lagi anggotanya melakukan serangan hendap terhadap pengganas komunis dalam Operasi Pagar.
Pasukan mereka yang terdiri daripada Koperal Kamarudin Abdullah, Lans Koperal Hasan Awang, Renjer Tahir Muhamad dan Renjer Rusip anak Ngadek, mendapat maklumat mengatakan kumpulan pengganas itu merancang mengambil bekalan makanan di Kampung Baru Ayer Kala, berhampiran Sungai Perak.
"Kami berlima yang digelar kumpulan pembunuh, menyamar sebagai polis dengan memakai pakaian seragam polis Field Force dan dibawa ke kem polis di Ayer Kala bagi mendengar taklimat akhir sebelum berjalan kaki lebih sejam ke Kampung Ayer Kala untuk memulakan operasi," kata Panirchellvum.
Sebaik tiba pada 7.45 malam, mereka meletakkan Claymore Mine (periuk api) di kiri dan kanan lokasi sebagai langkah berjaga-jaga sebelum beredar dan menunggu musuh untuk melalui kawasan itu.
Bagaimanapun, tanpa dijangka musuh telah berada hampir di belakang sehingga mereka dapat menyaksikan kelibat musuh yang membawa senjata api daripada samar-samar cahaya lampu picit musuh, diikuti kejadian berbalas tembak dengan pasukan komunis yang dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang.
"Ketika itu, saya hanya dibekalkan lima bom tangan jenis M36 buatan Amerika Syarikat. Apabila bunyi gerakan semakin hampir, saya melepaskan pin dan melontarkannya ke arah bunyi gerakan sehingga tidak lagi mendengar sebarang bunyi daripada musuh," kata Panirchellvum yang menamatkan perkhidmatan pada 1985.
Dalam operasi itu mereka dapat membunuh ketua pasukan komunis berkenaan dan dua lagi anggota pasukan itu dan menahan seorang selain berjaya merampas dua laras senjata bersama peluru, bom tangan dan enam beg galas yang mengandungi makanan dan peralatan.
Sementara itu, pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam turut senada dengan pandangan Panirchellvum yang berpendapat buku teks Sejarah perlu ditulis semula dengan menambah fakta lebih jelas serta menonjolkan kisah tokoh pejuang kemerdekaan negara lebih mendalam.
Mengambil contoh buku teks Sejarah edisi baharu Tingkatan Empat, katanya penekanan dilihat lebih kepada topik sejarah negara luar sedangkan skop berkaitan sejarah tanah air dilihat sangat terhad sehingga membebankan bukan sahaja pelajar tetapi juga guru untuk memahaminya.
"Kita dapati dalam sesuatu isu seperti proses kemerdekaan, banyak tokoh luar yang diutamakan, sedangkan penceritaan tentang tokoh tempatan pula tidak jelas dan tidak fokus.
"Tempat yang patut kita bincangkan mengenai sejarah negara kita telah diambil (mempelajari) sejarah negara lain. Jadi, bagi saya ini tidak elok. Macam mana kita nak lahirkan semangat patriotisme apabila cerita sejarah kita hanya disentuh sedikit," katanya kepada Bernama.
Ramlah berkata lebih memburukkan lagi apabila berlaku perubahan terminologi selain ada beberapa fakta sejarah dilemahkan atau dilonggarkan dalam buku teks Sejarah.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar sejarah pasukan keselamatan negara seperti polis dan tentera dimasukkan dalam mata pelajaran Sejarah bagi menghargai kesungguhan dan pengorbanan mereka.
"Kita ada sejarah politik, pentadbiran dan sosial tetapi kita tiada sejarah pasukan keselamatan negara sedangkan mereka adalah tiang seri mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara sehingga sanggup bergadai nyawa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Antara anggota polis yang bertugas di Balai Polis Kemasik pada tahun 1949. - Foto BERNAMA
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Muzium Sarawak jalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan
Abdul Karim berkata, muzium bukan hanya untuk mempamerkan barangan purba malah tempat untuk mempelajari sejarah dan khazanah.
Melaka rancang pameran berkaitan legenda Hang Tuah pada Mei
Ab Rauf berkata hasil kajian dijalankan penyelidik mendapati Hang Tuah merupakan seorang diplomat yang cukup hebat pada kurun ke-15.
KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Piala Asia: Kemenangan pertama bawa Palestin ke pusingan kalah mati
Penyerang Oday Dabbagh muncul pemain paling menonjol apabila menjaringkan dua gol.
[KOLUMNIS] Kisah Jawi: Anak tiri atau anak jati?
Di Malaysia usaha memartabatkan tulisan Jawi bermula pada era 50-an apabila kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi pada surat beranak.
Pelajar Jepun ambil iktibar kisah Pertempuran Kampar, lihat tinggalan perang
Pelancongan berasaskan sejarah dapat mendedahkan kepada rakyat Jepun cerita sebenar, kerana penceritaan di negara mereka mungkin berbeza.
India rampas barangan antik bernilai lebih AS$3 juta
Rampasan itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan DRI untuk melindungi warisan budaya global.
Ahmad Zahid cipta sejarah, hadir Persidangan Tahunan DAP
Persidangan Tahunan DAP 2023 melakar sejarah apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri persidangan itu buat kali pertama.
Kekal guna silibus Sejarah sedia ada - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap silibus digunakan untuk pelajar dalam negara mengikut kitaran tempoh ditetapkan.
Kalau apa yang saya cakap salah, buktikan - Dr Mahathir
Kata Dr Mahathir, jika benar kenyataannya itu salah, ia harus dibuktikan.