awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAPSMA tolak monopoli dalam pengambilan pekerja asing

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/05/2022
05:47 MYT
PAPSMA tolak monopoli dalam pengambilan pekerja asing
Sukumaran Nair berkata, proses pengambilan kini berjalan dengan sangat lambat dan beliau berpendapat sistem tersebut tidak seharusnya mengambil alih tugas kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali membangkitkan isu sama, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) lega apabila kerajaan menghentikan sementara sistem digital pengambilan pekerja asing.
Setiausaha Agungnya, Sukumaran Nair berkata, proses pengambilan kini berjalan dengan sangat lambat dan beliau berpendapat sistem tersebut tidak seharusnya mengambil alih tugas kerajaan.
Tegasnya, PAPSMA juga mencadangkan pengambilan yang adil, beretika dan tanpa sebarang monopoli dalam proses pengambilan pekerja asing.
"PAPSMA menolak sebarang kegiatan berbentuk sindiket dan monopoli yang ditetapkan mana-mana negara dalam pengambilan dan penempatan pekerja asing ke Malaysia.
"Sindiket pengambilan seperti itu telah menimbulkan pemerdagangan manusia dan buruh paksa pada masa lalu termasuk Malaysia pada era 2015 hingga 2017," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah Sukumaran, beliau percaya selepas ini akan ada perubahan besar untuk proses pengambilan pekerja asing selepas Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) itu ditangguhkan.
Dalam pada itu, PAPSMA menggesa kerajaan bertemu pemain industri untuk mencari penyelesaian melicinkan proses pengambilan tanpa mengabaikan dasar dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.
"Malaysia kini mengalami kerugian jutaan ringgit akibat kelewatan dalam proses kelulusan dan pengambilan pekerja asing ke dalam sektor yang amat memerlukan.
"Memorandum kerajaan dengan negara lain nampaknya tertangguh terutamanya dalam pengambilan pekerja asing walaupun kerajaan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sejak tahun lepas," ujarnya.
Dalam pada itu, Sukumaran mengakui terkejut apabila proses pengambilan memakan masa lama sedangkan banyak sektor mengalami kekurangan pekerja yang agak ketara sejak pandemik melanda.
Topic Berkaitan
#PAPSMA
#sindiket
#monopoli
#Malaysia
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan