awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2024
10:51 MYT
Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan
Seramai 40 mangsa yang terperangkap di dalam gua di Kampung Gua Ikan akibat paras air sungai yang meningkat berjaya diselamatkan pasukan Bomba dan Penyelamat dari BBP Dabong. -Gambar ihsan JBPM
DABONG: Seramai 40 mangsa yang terperangkap di dalam sebuah gua di Kampung Gua Ikan, di sini, akibat paras air sungai meningkat berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Kelantan.

Ringkasan AI
  • Seramai 40 mangsa yang terperangkap di dalam gua di Kampung Gua Ikan akibat paras air sungai yang meningkat berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dari BBP Dabong.
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 3.24 petang dan pasukan penyelamat tiba di lokasi sejauh 3.7 kilometer dalam masa 6 minit. Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot.
  • Operasi penyelamatan melibatkan tujuh anggota dan beberapa jentera, dikawal sepenuhnya pada jam 4 petang dan tamat pada jam 5.13 petang. Semua mangsa selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan Pusat Pengurusan Operasi JBPM, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.24 petang dan pasukan penyelamat tiba di lokasi sejauh 3.7 kilometer sekitar 6 minit kemudian.
Komander operasi, PBK II Mohd Aiman Aminuddin memaklumkan bahawa semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.
“Alhamdulillah, semua mangsa selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Kami berterima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam operasi ini,” kata Mohd Aiman.
Operasi penyelamatan melibatkan tujuh anggota serta beberapa jentera termasuk FRT-1, Bot-1, dan Utiliti-1 dikawal sepenuhnya pada jam 4 petang dan tamat pada jam 5.13 petang.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#terperangkap dalam gua
#Kampung Gua Ikan
#BBP Dabong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan