Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini menyebabkan paras air di beberapa empangan utama di Perak menurun, namun belum sampai ke tahap kritikal.
Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberi jaminan kepada penduduk bahawa bekalan air di negeri itu mencukupi.
Beliau berkata paras semasa yang direkodkan juga masih mencukupi bagi menampung kegunaan domestik, industri dan pertanian untuk tempoh yang agak panjang.
Katanya paras air di Empangan Air Kuning, Taiping yang mempunyai tahap kritikal 34 meter telah menurun sebanyak 3.24 meter kepada 39.2 meter setakat Isnin lepas, 14 Mac.
"Simpanan aktif empangan ini adalah 1.27 juta meter padu dan mampu membekalkan air selama 35 hari sekiranya tiada hujan di kawasan tadahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, Zainol Fadzi berkata paras air bagi Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pula hanya menurun sebanyak 0.3 meter kepada 244.7 meter daripada aras normal 245 meter.
"Peratus simpanan aktif masih lagi pada tahap 100 peratus dan mampu bertahan selama 63 hari sebelum mencecah paras kritikal iaitu 226 meter," katanya.
Tambah Zainol Fadzi setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai masalah ketiadaan air, sebaliknya terdapat peningkatan penggunaan air disebabkan faktor cuaca.
Empangan Air Kuning membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air Kuning bagi kegunaan penduduk sekitar Taiping, manakala Empangan Sultan Azlan Shah membekalkan air kepada penduduk di daerah Kinta dan Kampar dan kedua-duanya diselia oleh Lembaga Air Perak.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak Datuk Ir Abdul Razak Dahlan berkata paras air di Empangan Bukit Merah Kerian juga berada melebihi paras kritikal 6.1 meter.
Katanya sehingga Selasa, 15 Mac paras air semasa di empangan itu adalah 8.41 meter.
JPS bertanggungjawab mentadbir urus Empangan Bukit Merah yang merupakan punca bekalan air pengairan untuk seluruh Rancangan Pengairan Kerian dan mempunyai kawasan tadahan seluas 480 kilometer persegi.
Bernama
Wed Mar 16 2016
Paras air bagi Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pula hanya menurun sebanyak 0.3 meter. - Sumber foto: Lembaga Air Perak
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Paras empangan utama di Perak belum kritikal, bekalan air dijamin mencukupi
Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini menyebabkan paras air di beberapa empangan utama di Perak menurun.