KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Presiden KDNFC Rozi Muhamad berkata jurulatih berusia 46 tahun itu telah menerima lamaran daripada pihaknya sejak Februari lepas namun tidak diuar-uarkan atas beberapa sebab tertentu.
"Beliau sepatutnya bersama pasukan sebelum Aidilfitri, namun berdepan sedikit kekangan dan kami putuskan untuk melanjutkan tempoh berkenaan sebelum beliau tiba di Kota Bharu, Selasa lepas.
"Pemilihan Jaehong berdasarkan kepada pengalaman dan rekodnya sebelum ini yang pernah melatih beberapa kelab di negara asalnya dan luar negara seperti Romania, Thailand dan China," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDNFC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rozi berkata sebelum ketibaan Jaehong latihan pasukan dikendalikan penolong ketua jurulatih Rezal Zambery Yahya sebagai persiapan menghadapi saingan Liga-M.
"Walaupun Jaehong tidak bersama pasukan sejak awal musim, barisan jurulatih telah mendapatkan khidmat dan rujukan daripada beliau untuk menerapkan corak latihan kepada pemain.
"Pihak pengurusan kelab meletakkan harapan tinggi kepada Jaehong musim ini dengan dibantu Rezal Zambery bagi membawa perubahan corak permainan dan memberi cabaran sengit kepada pasukan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Rozi berkata jurulatih berusia 46 tahun itu telah menerima lamaran daripada pihaknya sejak Februari lepas namun tidak diuar-uarkan atas beberapa sebab tertentu. - Gambar FB KDNFC
X ubah ciri 'block', komen masih boleh dibaca
CIRI block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
KPM sedar sistem pendidikan berdepan krisis
Semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa sistem Pendidikan negara sedang berdepan dengan krisis.
Lebih 500,000 pelajar Sabah nikmati manfaat pembaikan sekolah daif
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan
Empat pemain itu ialah Ri-Gwan Kim dan Ahoe Koo, kedua-duanya pemain pertahanan, Bae Kyeong Hwan (penyerang) dan Jung Byung Ju (tengah).
KDNFC bakal guna khidmat ketua jurulatih import
Presiden KNDFC berkata ketua jurulatih import itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan digandingkan bersama jurulatih tempatan lain.