awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: 0.5 peratus kanak-kanak di KL alami masalah bantut - KKM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/11/2021
08:20 MYT
Parlimen: 0.5 peratus kanak-kanak di KL alami masalah bantut - KKM
Menurut KKM, faktor ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah di Kuala Lumpur merupakan salah satu punca utama kepada masalah ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 145 daripada 29,060 orang bersamaan 0.5 peratus kanak-kanak di Kuala Lumpur dikesan mengalami masalah bantut antara Januari hingga September tahun ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, seramai 150 orang kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40 dikesan alami masalah itu hasil pengesanan aktif kes harian di semua klinik kesihatan di Kuala Lumpur.
Menurut KKM, faktor ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah di Kuala Lumpur merupakan salah satu punca utama kepada masalah ini.
"Kanak-kanak dari keluarga miskin tegar dan miskin akan diberi bantuan bakul makanan yang bernilai RM200 setiap bulan sehingga mereka pulih.
"Kanak-kanak ini menerima pemeriksaan kesihatan dan status pemakanan secara bulanan semasa lawatan ke klinik kesihatan atau lawatan ke rumah.
"Ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak tersebut akan diberi tunjuk ajar kesihatan dan pemakanan seperti demonstrasi masakan dan dirujuk kepada pegawai perubatan dan pakar nutrisi untuk runding cara pemakanan," memetik jawapan bertulis KKM di Dewan Rakyat.
KKM menjawab soalan Datin Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah bantut dalam kalangan keluarga B40 di Kuala Lumpur dan langkah-langkah yang diambil KKM untuk mengatasi isu itu.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak bantut
#Kementerian Kesihatan
#keluarga B40
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan