awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: 1.8 peratus penjawat awam masih degil, belum divaksinasi, tiada tindakan tatatertib

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/11/2021
05:17 MYT
Parlimen: 1.8 peratus penjawat awam masih degil, belum divaksinasi, tiada tindakan tatatertib
Abd Latiff Ahmad memberitahu, setakat ini kerajaan masih belum mengambil sebarang tindakan ke atas kakitangan awam yang masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.8 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam di Malaysia dilaporkan masih degil atau belum menerima suntikan vaksin COVID-19.
Angka itu menyaksikan hampir 30,000 penjawat awam termasuk golongan guru.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Abd Latiff Ahmad memberitahu, setakat ini kerajaan masih belum mengambil sebarang tindakan ke atas mereka.
"Dalam tempoh 10 hari ini selepas dilaksanakan, tiada sebarang tindakan disiplin diambil walaupun kerajaan mewajibkan semua pegawai awam Persekutuan mengambil dan melengkapkan vaksin COVID-19.
"Sejak penguatkuasaan pada 1 November lalu, data daripada Pusat Kawalan Penyakit atau Cent for Disease Control (CDC) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan kira-kira 1.8 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih enggan atau belum divaksinasi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) mengenai statistik penjawat-penjawat awam yang enggan terima atau belum sedia terima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh setelah JPA mewajibkannya mulai 1 November melalui pekeliling.
Mengulas lanjut, Abd Latiff menjelaskan, proses mengambil tindakan ke atas mana-mana kakitangan perlu melalui beberapa peringkat termasuk individu berkenaan perlu diberi ruang untuk memberi surat tunjuk sebab dalam tempoh 21 hari.
"Jika tidak memuaskan satu jawatankuasa siasatan dalaman dan jawatankuasa disiplin akan dibentuk jabatan berkenaan bagi tindakan selanjutnya.
"Betul ada banyak jenis tindakan termasuk amaran, menahan kenaikan pangkat dan gaji. Apapun proses keadilan itu perlu berjalan dengan baik," jelasnya.
Dalam pada itu menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai tindakan disiplin kepada guru yang masih enggan divaksin, katanya, JPA mengeluarkan arahan tindakan tatatertib bagi memastikan sistem penyampaian dapat dipastikan secara optimum.
"Dalam isu membabitkan guru ini, mereka yang tidak mahu terima vaksin ini jelas mereka tidak menjalankan tugas sebagai pendidik. Kita boleh tukar mereka ini tetapi ini tidak selesaikan masalah.
"Apa yang dilaksanakan JPA ini, semata-mata demi kepentingan perkhidmatan awam dan sistem penyampaian kepada rakyat," katanya.
Pada 18 Oktober lalu, JPA mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam.
Pekeliling Perkhidmatan ini menetapkan pada atau selepas 1 November pegawai boleh diarahkan oleh ketua jabatan untuk mendapatkan dos pelalian COVID-19 yang lengkap dengan cara mengemuka Sijil Digital Vaksinasi COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#penjawat awam
#anti-vaksin
#Abd Latiff Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan