awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: 30,290 rumah siap tidak terjual, Johor terbanyak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/11/2021
03:35 MYT
Parlimen: 30,290 rumah siap tidak terjual, Johor terbanyak
Berdasarkan laporan Status Pasaran Harta Tanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), terdapat 30,290 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM19.75 bilion sehingga September 2021. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Johor merupakan negeri yang merekodkan rumah siap dibina tidak terjual paling banyak ketika ini iaitu dengan jumlah 6,441 unit.
Ia diikuti Pulau Pinang (4,638), Kuala Lumpur (3,863), Selangor (3,376), Perak (2,865) dan Sabah (2,742).
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata bagi suku kedua tahun 2021, terdapat 31,112 unit rumah siap dibina tidak terjual di seluruh negara yang bernilai RM20.1 bilion.
Katanya, berdasarkan laporan Status Pasaran Harta Tanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), terdapat 30,290 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM19.75 bilion bagi suku ketiga tahun 2021.
"Ini menunjukkan terdapat sedikit penurunan sebanyak 2.64 peratus dalam bilangan unit dan 1.74 dalam dalam nilai bagi suku tahun ketiga berbanding suku kedua tahun 2021.
"Terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun bagi membolehkan bekalan rumah sedia ada dapat dijual dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini.
"Ini dibuktikan dengan penurunan Indeks Harga Rumah pada suku ketiga 2021 (preliminary) pada 198.6 mata berbanding suku ketiga 2020 pada 199.9 mata yang menunjukkan penurunan sebanyak 0.7 peratus," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu jumlah terkini rumah yang tidak terjual mengikut jenis dan negeri setakat September 2021.
Jadual pecahan rumah siap dibina tidak terjual sehingga September 2021. - Sumber KPKT
Jadual pecahan rumah siap dibina tidak terjual sehingga September 2021. - Sumber KPKT
Ismail pada masa sama berharap lebih ramai pemaju dapat menurunkan harga jualan rumah bagi membolehkan lambakan rumah tidak terjual berkurang dan pasaran hartanah kediaman kembali pulih ke paras yang lebih mampan.
Menurut beliau, antara punca lambakan rumah tidak terjual ini berlaku adalah ekoran daripada penawaran perumahan yang tidak sepadan dengan permintaan di sesuatu lokaliti, harga rumah yang tidak sepadan dengan pendapatan isi rumah, lokasi yang kurang menarik dan lain-lain lagi.
Pada masa sama, transaksi pembelian rumah sedia ada secara subsale juga menyumbang kepada peningkatan rumah baharu yang tidak terjual.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#rumah tidak terjual
#hartanah
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan