Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk

Pengembara Malaysia dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sekiranya berlaku kecemasan semasa berada di wilayah terjejas. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menasihatkan pengembara supaya berhati-hati ketika melakukan perjalanan ke wilayah yang disenaraikan di bawah amaran dan nasihat cuaca oleh Agensi Meteorologi Jepun berikutan ribut salji, salji lebat dan pembentukan lapisan ais atau enap timubus ais.
Ringkasan AI
- Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menasihatkan pengembara untuk berhati-hati di wilayah yang terjejas akibat amaran cuaca buruk yang melibatkan ribut salji dan pembentukan lapisan ais.
- Wilayah yang dipengaruhi termasuk Hokkaido, Tohoku, Kanto, Koshin, Tokai, Hokuriku, Kinki, Chugoku, Shikoku, utara Kyushu, selatan Kyushu dan Amami.
- Pengembara warga Malaysia dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sekiranya berlaku kecemasan semasa berada di wilayah tersebut.
Menurut kedutaan, sekiranya berlaku kecemasan, pengembara warga Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 (waktu pejabat) atau +81-80-4322-3366, atau e-mel ke consular@[email protected] atau [email protected]
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


