awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen digantung, isyarat demokrasi Malaysia sudah terkubur

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/03/2021
04:17 MYT
Parlimen digantung, isyarat demokrasi Malaysia sudah terkubur
Dalam membicarakan soal demokrasi, isu kemiskinan dalam negara juga harus diberi perhatian, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sidang Parlimen yang digantung sejak beberapa bulan lepas seolah-olah memberi isyarat bahawa tonggak demokrasi di negara ini sudah terkubur.
Begitupun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara tidak seharusnya hanya berbincang berkaitan demokrasi dan institusi seperti yang berlaku dari dulu hingga sekarang.
Sebaliknya, tegas beliau, isu kemiskinan dalam negara juga harus diberi perhatian.
"Kita bicara tentang demokrasi dan institusi tapi tidak bicara tentang kemiskinan. Saya beri angka-angka yang membimbangkan tentang Bumiputera.
"Tentunya Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mesti diwacanakan. Kalau tidak nanti kita hanya bincang tentang konsep-konsep dan tidak menyentuh tentang kemiskinan rakyat pelbagai kaum," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri 'Malaysia Democracy Forum: Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia', di sini pada Selasa.
Sementara itu, Anwar menegaskan, dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat berhubung demokrasi, wacana berkaitan topik berkenaan harus dibawa ke segenap peringkat.
"Untuk meningkatkan kesedaran rakyat ia tidak harus terbatas pada wacana di bilik-bilik hotel tapi mesti turun ke bawah.
"Cerdik pandai dan golongan elit jangan hanya duduk selesa. Mereka mesti anggap ini sebagai tanggungjawab bersama," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Sidang Parlimen
#Anwar Ibrahim
#Ketua Pembangkang
#demokrasi
#kemiskinan
#Bumiputera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan