KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi mendedahkan terdapat lebih dua juta percubaan setiap hari untuk mengakses data yang terdapat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada bulan pertama pelaksanaan sistem tersebut.
Begitu pun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
"Sudah tentu ada perkara yang kita kena imbangi dan sebab itu kita mengadakan 'geofencing'.
"Kita tidak benarkan akses dari luar negeri kerana setakat ini rekod yang banyak cubaan akses adalah dari luar negara atau (alamat protokol internet) IP, yang kita rasa berisiko," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Rafizi berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) yang ingin tahu apakah mekanisme untuk meningkatkan dan mempercepatkan pendaftaran rakyat Malaysia terhadap PADU.
Menjawab lanjut, Rafizi (PH-Pandan) berkata pematuhan ciri keselamatan sistem PADU juga menepati piawaian di peringkat antarabangsa.
Jelas beliau, setiap data yang dimasukkan dalam sistem berkenaan bercirikan 'encrypted built-in', di mana pembinaan yang paling sulit dan sukar untuk digodam.
"Setiap data yang didaftarkan di PADU adalah encrypted. Maksudnya kalau ada yang berjaya memecah masuk (sistem PADU) dan memuat turun fail seperti yang disebut 'security breach' (pelanggaran keselamatan).
"Fail (data) yang didapati itu perlu 'decrypt' dan kecualilah penggodam itu ada super computer yang boleh jalankan proses 'decrypt'. Setiap data adalah gibberish (tidak berguna) kerana ia encrypted," tambah beliau.
Katanya, pematuhan ciri keselamatan PADU antaranya menepati standard OWASP Top Ten; National Institute of Standards and Technology; serta Center for Internet Security.
"Insya-Allah kaedah yang dinyatakan itu akan memastikan keselamatan sistem PADU daripada penyalahgunaan, selain memastikan tiada keciciran berlaku dalam PADU," ujarnya lagi.
Sementara itu, Rafizi memaklumkan setakat jam 11.59 malam Isnin, seramai 8,093,336 atau 36.8 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas telah mendaftar dalam sistem PADU.
Dengan purata kadar pendaftaran antara 350,000 kepada 400,000 sehari, Rafizi yakin pendaftaran PADU mampu menghampiri 50 peratus menjelang 31 Mac ini.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 26 2024
Rafizi menegaskan cubaan mengakses data yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi setakat ini. - Foto JaPen
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
#AWANI745
#AWANI745
Huawei perkenal inovasi terbaharunya Watch Fit 3 dan Matebook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu Huawei Watch Fit 3 dan Huawei Matebook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
#AWANI745
#AWANI745
MFLS terajui usaha bina negara bangsa dengan belia berkempipinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
#AWANI745
#AWANI745
PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei ini.
Haram berdosa tunai haji tanpa visa sah
Tindakan rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji adalah berdosa dan haram berdasarkan Fatwa Kerajaan Arab Saudi, kata Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji, Shahrin Awaluddin
#AWANI745
#AWANI745
Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat
Bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa bahawa mereka telah menerima kesan kejadian sepanjang hayat.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] LHDN tetapkan dua kaedah bayaran cukai dengan amaun tinggi
LHDN menetapkan dua kaedah pembayaran cukai membabitkan amaun yang tinggi untuk pembayar cukai syarikat serta individu.
PM ke Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan bermula esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adakan lawatan rasmi ke Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan bermula esok.
#AWANI745
#AWANI745
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.