awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen, DUN rakam takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter

Bernama
Bernama
07/05/2016
07:32 MYT
Parlimen, DUN rakam takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter
Parlimen Malaysia dan seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.
Parlimen Malaysia dan seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima lagi mangsa nahas helikopter di Sarawak, dua hari lepas.
Ucapan tersebut dizahirkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mewakili Parlimen dan DUN.
"Izinkan saya bagi pihak Parlimen Malaysia dan seluruh DUN, dengan rasa yang amat sedih menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaaan, Perladangan dan Komoditi dan mereka yang terlibat dalam tragedi itu.
"Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh mereka akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orag beriman dan solihin," katanya ketika memulakan ucapan pada majlis perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia, di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Dalam nahas Khamis lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 yang dalam penerbangan dari Betong pada pukul 4.12 petang menghala ke Kuching, terputus hubungan dan hilang daripada radar.
Beberapa serpihan pesawat itu ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau semalam sebelum mayat Noriah, 52, dijumpai di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, kira-kira 30km dari Lingga, tengah hari semalam.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian menjumpai dua lagi mayat dipercayai mangsa nahas yang sama, hari ini.
Selain Noriah, penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.
Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.
Topic Berkaitan
#DUN
#Noriah Kasnon
#Pandikar Amin Mulia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan