KUALA LUMPUR: Hasil kajian berhubung gaji minimum pekerja akan dibentangkan ke Kabinet pada suku keempat tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, kajian itu sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara yang ditubuhkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.
Beliau memberitahu, ia adalah selaras dengan Seksyen 25 (1), Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 iaitu Akta 732 yang memperuntukkan kajian terhadap perintah gaji minimum perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun.
“Melalui dapatan ini, kita turut menjalankan Seksyen 25 (3) dan Akta 732 bagi menilai impak keberkesanan perintah gaji minimum bagi memberi implikasinya terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara.
"Kita juga buat analisis dan kajian data sosial dan ekonomi semasa. Sehingga 1 September lalu, Kementerian Sumber Manusia melaksanakan sesi libaturus melibatkan perbincangan kumpulan yang dihadiri 209 persatuan majikan, 93 kesatuan pekerja, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang awam.
"Dapatan ini akan dibentangkan suku keempat tahun ini dan akan dilaksanakan pada 2020," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Permatang Pauh) yang meminta Kementerian Sumber Manusia untuk menyatakan tahap pelunasan komitmen kerajaan serta perincian usaha setakat ini dalam kajian semula gaji minimum, seperti dimaklumkan Perdana Menteri semasa ucapan Hari Buruh 2021.
Mengulas lanjut, Awang memberitahu, kementeriannya mengedarkan borang kaji selidik kepada sampel kajian yang ditetapkan iaitu 1,996 responden majikan dan 1,996 responden pekerja dan melaksanakan kajian persepsi orang awam mengenai perintah gaji minimum.
“Melalui portal disediakan oleh kementerian, jumlah responden adalah 239 yang terdiri daripada 177 pekerja iaitu 74.2 peratus, 25 majikan dengan 10.5 peratus dan 37 responden lain adalah pencari kerja dan orang awam yang bersamaan dengan 15.7 peratus.
“Unsur-unsur lain yang dikenal pasti ialah unsur eksploitasi daripada majikan juga kita melihat dari sudut ini.
"Jawatan kuasa terus memperhalusi dan menganalisis semua data diperoleh. Laporan dapatan kajian ini akan dibentangkan dan dibahaskan di peringkat majlis sebelum disyorkan dan dipertimbangkan untuk persetujuan kerajaan melalui Kabinet,” katanya lagi.
Sejurus itu, Nurul Izzah bangun dan menyifatkan tempoh pembentangan kajian itu terlalu lambat dan meminta kementerian supaya mempercepat proses tersebut.
“Bila kita tunggu suku keempat 2021, amat lewat sedangkan semalam Perdana Menteri umum jawapan bahawa 580,000 isi rumah M40 jatuh kategori B40 akibat pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, Awang menjelaskan bahawa kajian gaji minimum sentiasa dilakukan di setiap suku tahun.
*Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober; dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Astro Awani
Wed Sep 22 2021
Awang Hashim berkata, hasil kajian berhubung gaji minimum pekerja akan dibentangkan ke Kabinet pada suku keempat tahun ini. - Gambar fail/Twitter/Awang Hashim
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.