Skip to main content

Dunia

PM Sepanyol tinggalkan hotel di Ankara selepas pendaratan cemas

Pesawat yang membawa Sanchez melakukan pendaratan kecemasan di Ankara kerana masalah teknikal semasa dalam perjalanan dari Madrid ke Yerevan untuk mesyuarat Komuniti Politik Eropah. - Gambar/ Reuters
Pesawat yang membawa Sanchez melakukan pendaratan kecemasan di Ankara kerana masalah teknikal semasa dalam perjalanan dari Madrid ke Yerevan untuk mesyuarat Komuniti Politik Eropah. - Gambar/ Reuters
Advertisement

ANKARA: Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez meninggalkan hotel tempat beliau menginap di Ankara susulan persinggahan tidak dirancang di ibu negara Turkiye pada Isnin, 4 Mei, lapor Anadolu Ajansi, memetik laporan agensi berita rasmi Sepanyol, EFE.

Pesawat yang membawa Sanchez melakukan pendaratan kecemasan di Ankara kerana masalah teknikal semasa dalam perjalanan dari Madrid ke Yerevan untuk mesyuarat Komuniti Politik Eropah.

Menurut EFE yang memetik sumber perdana menteri, pesawat rasmi Airbus A310 yang membawa Sanchez ke Armenia terpaksa mendarat di Ankara selepas mengalami masalah teknikal.

Advertisement

Kerosakan itu digambarkan sebagai kecil namun prosedur protokol tetap dilaksanakan.

Sanchez dijangka bermalam di Ankara dan terus ke Yerevan pada awal pagi.

Advertisement

Beliau sebelum ini terlepas mesyuarat mengenai Ukraine yang diadakan di Paris pada 4 Sept 2025 kerana kerosakan pesawat.

Ketika situasi itu, pesawat jenis Falcon berkenaan berpatah balik ke Madrid pada pertengahan penerbangan kerana masalah teknikal dan Sanchez menghadiri mesyuarat secara maya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement