awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad
Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, Mara BPT dibuka bermula 29 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Kemasukan murid enam tahun tidak ubah struktur pendidikan - Fadhlina

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/01/2026
05:00 MYT
Parlimen: Kemasukan murid enam tahun tidak ubah struktur pendidikan - Fadhlina
Dasar itu tidak melibatkan sebarang penambahan tempoh persekolahan di peringkat rendah, selain tidak memberi kesan negatif terhadap keseluruhan sistem pendidikan negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu secara sukarela tidak akan mengubah struktur pendidikan sedia ada, tegas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ringkasan AI
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu secara sukarela tidak akan mengubah struktur pendidikan sedia ada.
  • Dasar tersebut tidak melibatkan penambahan tempoh persekolahan di peringkat rendah dan tidak memberi kesan negatif terhadap sistem pendidikan negara.
  • Kementerian Pendidikan akan memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak dengan meluaskan kelas prasekolah serta mengoptimumkan penggunaan prasarana sedia ada bagi menyokong pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun pada tahun hadapan.

Beliau berkata, dasar itu tidak melibatkan sebarang penambahan tempoh persekolahan di peringkat rendah, selain tidak memberi kesan negatif terhadap keseluruhan sistem pendidikan negara.
Menurutnya, sama ada murid memulakan tahun satu pada usia enam atau tujuh tahun, semua murid tetap melalui enam tahun pendidikan rendah dan lima tahun pendidikan menengah, selaras dengan struktur pendidikan sedia ada.
"Dari sudut struktur pendidikan, pelaksanaan ini tidak mengubah tempoh persekolahan murid.
"Oleh itu, tiada penambahan tahun persekolahan di peringkat rendah dan tiada kesan negatif terhadap keseluruhan sistem pendidikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim–Bandar Baharu) berhubung rasional membenarkan kemasukan murid ke tahun satu pada usia enam tahun serta sama ada Kementerian Pendidikan menjalankan kajian empirikal atau penilaian impak sebelum cadangan itu dibentangkan kepada Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, pendekatan itu bukan sesuatu yang baharu kerana amalan kemasukan murid pada usia enam tahun telah dilaksanakan di banyak negara.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan dasar berkenaan akan dilakukan secara berfasa, terkawal dan tidak tergesa-gesa.
Sebagai sokongan kepada inisiatif itu, katanya, Kementerian Pendidikan kini giat memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak melalui peluasan kelas prasekolah di seluruh negara.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata, bagi memastikan kesiapsiagaan prasarana menjelang pelaksanaan kemasukan murid enam tahun pada tahun depan, kerajaan akan mengoptimumkan penggunaan prasarana sedia ada di sekolah.
Menurutnya, penambahan prasarana seperti bilik darjah pula akan dilaksanakan secara berperingkat melalui Sistem Binaan Berindustri (IBS), berdasarkan keperluan dan situasi setempat.
Dari segi sumber manusia, beliau berkata keperluan guru akan ditangani secara proaktif menerusi pengambilan khas secara kontrak, selain penyediaan guru terlatih yang diteruskan melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Diploma Lepasan Ijazah Pendidikan.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Dewan Rakyat
#tahun satu
#murid enam tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan