KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak dan mengemas kini dari semasa ke semasa untuk memperluaskan pemberian elaun khas kepada petugas barisan hadapan kesihatan yang mengurus wabak COVID-19 di negara ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, selain doktor, jururawat dan pemandu ambulans yang ketika ini termasuk dalam kalangan petugas yang layak menerima elaun khas tersebut, namun masih terdapat kumpulan lain kesihatan yang terlibat dalam pengurusan wabak itu.
“Kumpulan yang layak menerima elaun khas ini akan kita semak dan kemas kini dari semasa ke semasa, contohnya ahli fisioterapi yang terlibat dalam rawatan pesakit ‘long COVID yang kita fikir menepati kriteria untuk mendapat elaun khas tersebut,” katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian, ketika menjawab soalan Datuk Hasan Bahrom (PH-Tampin) yang bertanya mengenai pembayaran elaun kepada pekerja barisan hadapan dalam kalangan kakitangan kesihatan.
Khairy berkata, sehingga 31 Dis tahun lalu sejumlah RM1.1 bilion elaun khas telah dibayar kepada petugas barisan hadapan kesihatan.
Menurutnya, kadar pemberian elaun khas COVID-19 kepada petugas barisan hadapan termasuk doktor, jururawat dan pemandu ambulans telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan bermula bulan April 2020.
"Prinsip yang melayakkan pembayaran elaun khas COVID-19 adalah, doktor dan anggota kesihatan perlu diarahkan melaksanakan tugas dalam rantaian skop pengurusan wabak COVID-19 dan bayaran dibuat berdasarkan borang tuntutan yang dibuat oleh pegawai kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 02 2022

Khairy berkata, sehingga 31 Dis tahun lalu sebanyak RM1.1 bilion elaun khas telah dibayar kepada petugas barisan hadapan kesihatan. - Gambar fail/KKM

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
AWANI Ringkas: SPRM sedia beri justifikasi | Agihan subsidi perlu pendekatan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Keputusan rayuan Isa Samad pada 31 Januari 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari tahun depan, untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Fahamkan rakyat tentang IDN dan e-invois - YB Arau
"Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat, banyak yang tak faham, beri faham dahulu baru kita laksanakan," kata YB Arau.
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
SPRM sedia kemuka justifikasi isu akaun Aman Palestin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengemukakan justifikasi kepada mahkamah berikutan isu pembekuan aset Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin.

Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya.

"Saya bawa MB Kedah, Perlis bersama jumpa PM Thailand" - Anwar
Perdana Menteri tolak dakwaan beliau pinggirkan pemimpin pembangkang, dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

PM Anwar dijangka perjelaskan pengurusan bencana banjir di Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memaklumkan persediaan kerajaan dalam pengurusan bencana banjir pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

RM90.4 juta bantu selenggara perumahan strata kos rendah, sederhana tahun ini
Akmal Nasrullah berkata kerajaan MADANI telah bersetuju meningkatkan peruntukan TPPM dan PPP kepada RM104 juta tahun depan, peningkatan 10 peratus daripada peruntukan diterima tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2024
Persidangan Dewan Rakyat malam ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 selepas dibahaskan sejak 16 Okt lepas.

Subsidi Minyak Masak: KPDN sasar 5.8 juta isi rumah B40, M40 dan peniaga mikro
Sistem pindahan tunai juga dilihat antara mekanisme terbaik bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan yang tepat.

KKD terbuka wujudkan akta khusus untuk buli siber - Teo Nie Ching
Ketika ini kes buli siber adalah satu jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dan Seksyen 233 Akta SKMM 1998.

Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat
Persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Kes rogol kanak-kanak mungkin akibat kurang advokasi, kesedaran masyarakat - Aiman Athirah
Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan kesedihannya kerana kes merogol kanak-kanak masih lagi berlaku.

Jumlah penghidap kencing manis di Malaysia tertinggi di Asia Tenggara - Menteri Kesihatan
Kajian menunjukkan Malaysia catat peningkatan ketara penghidap kencing manis daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.

Perbelanjaan, perancangan tangani penyakit tidak berjangkit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kesihatan diminta untuk menyatakan berapa jumlah dibelanjakan untuk menangani NCD terutamanya diabetes.