KUALA LUMPUR: Satu pelan tindakan hala tuju teknologi dan ekonomi hidrogen sedang dirangka dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai antara pemain utama industri hidrogen sama ada di rantau Asia Tenggara mahupun dunia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kementeriannya melalui Pusat Nanoteknologi Kebangsaan melantik syarikat NanoMalaysia Berhad sebagai rakan strategik bagi merangka pelan berkenaan.
Beliau memberitahu, penyediaan ini dijalankan secara kolaborasi dengan Akademi Sains Malaysia, NanoVerify Sdn Bhd dan Malaysian Green Technology.
"Pelan ini akan jadi panduan bagi membangunkan teknologi dan ekonomi hidrogen hingga 2050," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (UMNO-Rompin) mengenai jumlah eksport tenaga hidrogen ke luar negara bagi 2020 hingga Jun 2021 dan langkah diambil kerajaan bagi perkukuh dan mengkomersialkan industri berkenaan di dalam negara di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Adham memaklumkan, ekonomi hidrogen merupakan sektor tenaga alternatif yang akan diberi tumpuan dalam komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon seawal 2050.
Katanya, nilai eksport tenaga boleh diperbaharui pada masa ini ia masih kecil, bagaimanapun menurutnya ia mempunyai prospek positif dari segi pertumbuhan ekonomi jika pelaksnaan inisiatif hijau dapat diperluas dengan cepat.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, beliau berkata, eksport hidrogen menyumbang sebanyak 1.5 peratus berbanding eksport lain-lain gas yang dianggar sekitar RM1.2 bilion.
Menurutnya, di Malaysia, Petronas dan Sarawak Energy Berhad telah terajui pengeksportan sumber berkenaan.
Astro Awani
Tue Nov 09 2021
Dr Adham Baba berkata kementerian melalui Pusat Nanoteknologi Kebangsaan melantik syarikat NanoMalaysia Berhad sebagai rakan strategik bagi merangka pelan berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Sarawak lancar laporan kemampanan tahunan untuk inisiatif hijau
Negeri Sarawak, Malaysia akan melancarkan mekanisme pelaporan kemampanan tahunannya tahun depan untuk memantau sumbangan sektor awam kepada inisiatif hijau negeri itu.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Kemudahan Elektrolisis Sarawak mampu tingkatkan inisiatif hidrogen hijau
Sasarannya untuk menghasilkan 500 megawatt elektrolisis dalam tempoh lima tahun akan datang, meningkatkan pengeluaran hidrogen rantau ini.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
PM Anwar tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen, enjin lebih senyap
PM Anwar jelas tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen itu yang menurutnya lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.
Harga tambang ART berpatutan - Abang Johari
Harga tambang atau tiket untuk Autonomous Rapid Transit (ART) di Sarawak akan ditetapkan pada kadar mampu milik untuk orang ramai, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Hidrogen sebagai tenaga baharu kini di peringkat prototaip - Chang Lih Kang
MOSTI komited menjadikan hidrogen sumber tenaga baharu dalam usaha negara beralih dari tenaga elektrik kepada tenaga boleh diperbaharui.