awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
Tesla 'ketinggalan', BYD kini muncul Raja EV dunia
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen perlu bersidang 19 Julai ini elak krisis Perlembagaan - Kit Siang

Hakim Rahman
Hakim Rahman
19/06/2021
09:14 MYT
Parlimen perlu bersidang 19 Julai ini elak krisis Perlembagaan - Kit Siang
Kata Kit Siang, sebarang tafsiran berbeza terhadap 'secepat mungkin' yang dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong hanya akan memecah belahkan rakyat Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh terus berlengah mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet untuk memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai ini atau berdepan kemungkinan berlakunya krisis Perlembagaan.
Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, masa semakin suntuk untuk Muhyiddin mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet bagi memanggil sidang Parlimen memandangkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat memerlukan notis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum persidangan bermula.
"Perkara ini bermakna esok 20 Jun 2021 adalah tarikh akhir untuk Perdana Menteri memanggil sidang Dewan Rakyat pada 19 Julai dengan menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat ini," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Tambah Kit Siang, sekiranya Kabinet hanya bermesyuarat pada hari Rabu, iaitu 23 Jun 2021, ia tidak akan dapat memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai dan pada masa yang sama menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada 16 Jun berkata, Raja-Raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar Parlimen bersidang secepat mungkin.
Raja-raja Melayu bertitah bahawa perkara itu penting bagi menghormati mekanisme semak dan imbang sebagai antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.
Mengulas lanjut, Kit Siang berkata Perdana Menteri dan Menteri-menteri lain dalam Perikatan Nasional masih belum menyatakan tafsiran “secepat mungkin” mereka dalam konteks ini.
"Selain daripada pimpinan Pas, tidak ada sesiapa yang lain yang kelihatan seperti mempunyai masalah untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Yang di Pertuan Agong sebagai “secepat mungkin”. Mengapakah begini?,"soal Kit Siang
Katanya sebarang tafsiran berbeza terhadap “secepat mungkin” yang dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong hanya akan memecah belahkan rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Lim Kit Siang
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#Parlimen
#kabinet
#Mesyuarat khas Kabinet
#krisis perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan