BUKIT MERTAJAM: Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta ‘dadah’ di sebuah kondominium di Bukit Tengah, di sini terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, seramai 11 warga asing terdiri daripada enam wanita warga Vietnam, seorang warga China dan empat lelaki warga China diberkas dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu.
Cheng San berkata, kegiatan tersebut terbongkar selepas pihak polis menerima aduan mengenai aktiviti mencurigakan kumpulan warga asing yang menyewa di kondominium berkenaan.
Semasa pemeriksaan, polis menemui tiga bungkusan plastik berisi serbuk dipercayai dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 117 gram (g) dan satu jag kaca berisi cecair dadah berkenaan yang sudah dibancuh.
Katanya, keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM6,713 dan tangkapan tidak membabitkan warga tempatan.
"Kita berjaya menangkap empat lelaki warga China, seorang wanita warga China dan enam warga Vietnam dalam lingkungan umur 18 hingga 54 tahun.
"Dalam serbuan itu kita berjaya menemui dadah jenis MDMA seberat 117 gram, jag kaca berisi cecair dadah dan ketamin 2.42 gram bernilai RM363," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam pada Isnin.
Mengulas lanjut, Cheng San berkata, suspek wanita warga China dipercayai menjalankan perniagaan di dalam talian telah menyewa kondominium tersebut, malah siasatan mendapati suspek sudah 14 tahun tinggal di negara ini.
Selain itu, siasatan juga mendapati kebanyakan suspek yang ditahan itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan majoriti daripada mereka masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelancong.
Menurut Cheng San lagi, ada juga suspek yang dipercayai telah berkahwin dengan orang tempatan atau dibawa masuk ke negara ini melalui teman lelaki yang dipercayai warga tempatan sebagai perempuan simpanan.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati hanya dua sahaja yang positif dadah.
Kesemua tangkapan tidak mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.
Dalam masa sama, Cheng San berkata, polis turut menjalankan siasatan lain berikutan terdapat elemen lain di dalam kondominium itu dimana suspek berkemungkinan terlibat dengan kegiatan penipuan ‘call centre’.
Kesemua tangkapan kini direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu hingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Mar 27 2023

Cheng San (kanan) ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam pada Isnin. - Foto Astro AWANI

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas
Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta dadah di sebuah kondominium di Bukit Tengah, Bukit Mertajam terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis.

28 lelaki, wanita ditahan sertai parti liar di Genting Highlands
Seramai 28 lelaki dan wanita yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan dalam parti liar di sebuah banglo di Genting Highlands, di sini, semalam.

Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik
Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.

Penganjur, pengunjung parti liar kolam renang dikompaun RM1.56 juta
Semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi tetapan SOP MKN iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.

303 individu ditahan dalam parti liar kolam renang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 161 lelaki dan 55 wanita warga asing serta 31 lelaki dan 56 wanita tempatan.

26 individu ditahan berpesta liar di kondominium mewah
Polis turut merampas pelbagai peralatan sistem audio yang diubah suai seperti digunakan pusat hiburan dan kesemua suspek kini ditahan reman.

Tiga pelajar antara 18 ditahan terlibat parti liar di Melaka
Ketika serbuan, kesemua individu berkenaan sedang leka dan khayal selain polis menemukan pembesar suara dipercayai untuk berparti.

Anjur parti liar, 13 remaja dikompaun RM4,000
Seramai 13 remaja dikompaun RM4,000 setiap dari mereka selepas ditahan menganjurkan parti liar di sebuah inap desa di Taman Permaipura awal pagi Selasa.

Parti liar: 2 anggota polis antara 14 ditahan di kondomium mewah
Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu ditahan polis dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan.

Dua penjawat awam antara 9 ditahan sertai parti liar di kondominium
Dua penjawat awam antara sembilan yang ditahan ditahan polis dalam serbuan ke atas sebuah parti liar yang diadakan di sebuah kondominium di sini pada awal pagi tadi.