awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan pertahan kerusi DUN Balingian

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/02/2014
06:47 MYT
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan pertahan kerusi DUN Balingian
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB yakin akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN N.51 Balingian pada pilihan raya kecil itu nanti.
Setiausaha Agungnya, Stephen Rundi bagaimanapun berkata, parti itu tetap akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Balingian.
"PBB tidak akan mengambil ringan mengenainya. Kami akan bekerja keras dan memastikan kemenangan parti. Kami yakin untuk mempertahankan kerusi itu," katanya semasa ditemui media selepas Istiadat angkat sumpah pelantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima di Astana Negeri, Kuching.
Stephen berkata, PBB akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan calon yang sesuai untuk mewakili parti bertanding di DUN Balingian.
"Kita akan adakan mesyuarat sedikit masa lagi. Sudah tentu keutamaan kita ialah pilihan raya kecil nanti. Mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi,"ujarnya.
Jelas beliau, sesiapa sahaja calon yang layak berpotensi untuk mewakili parti, namun, ia terserah kepada Ketua Menteri Sarawak.
"Ramai calon 'genius' di Mukah, tapi ia boleh jadi siapa sahaja, tapi kita yakin ia mampu memenangi hati rakyat.
"Ramai calon yang berada dalam pertimbangan sekarang, namun semua keputusan terletak di tangan Ketua Menteri untuk mewakili Barisan Nasional di Balingian,"katanya.
Kerusi DUN Balingian kosong selepas penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak berkuatkuasa pada Sabtu.
Pada Pilihan Raya negeri April 2011, Abdul Taib yang juga Presiden PBB menang dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon Parti Keadlian Rakyat, PKR dan calon bebas.
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Adenan Satem
#DUN Balingian
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#PRK
#Sarawan
#Stephen Rundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan