awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti politik termasuk pembangkang, boleh sewa dewan orang ramai - MB Perak

Bernama
Bernama
01/02/2024
15:26 MYT
Parti politik termasuk pembangkang, boleh sewa dewan orang ramai - MB Perak
Saarani berkata seramai 817 daripada 828 pengerusi JPKK di kampung tradisional di Perak, telah dilantik. - Gambar Sinar Harian
IPOH: Kerajaan Perak membenarkan semua parti politik termasuk pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai melalui kaedah sewaan, bagi membantu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menjana pendapatan, di kawasan masing-masing.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagaimanapun, pihaknya memberi kebenaran kepada JPKK untuk membuat peraturan tersendiri, bagi kaedah penggunaannya.
"Pengurus bagi dewan orang ramai ialah JPKK, jadi jika ada parti politik ingin menggunakan dewan tersebut, bolehlah bayar kepada JPKK," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Sementara itu, Saarani berkata seramai 817 daripada 828 pengerusi JPKK di kampung tradisional di Perak, telah dilantik.
Beliau berkata baki 11 orang lagi belum dilantik atas beberapa faktor termasuklah faktor usia, serta tidak melepasi tapisan yang dibuat pihak polis.
"Kesemua calon pengerusi JPKK hendaklah ditapis terlebih dahulu, termasuklah faktor usia tidak boleh lebih daripada 65 tahun serta rekod calon-calon ini dihantar kepada polis untuk disemak, sama ada mereka mempunyai kes jenayah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta bukan penerima e-Kasih," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes jenayah
#e-Kasih
#Dewan Orang Ramai
#peraturan tersendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan