Pas dan Umno disaran agar duduk semeja, berbincang bagi menjayakan agenda perpaduan ummah di negara ini.

Perbincangan harus dimulakan dengan memberi tumpuan kepada titik persamaan bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua parti.

Demikian pandangan penganalisis politik, Dr Fuad Othman yang melihat sudah tiba masanya untuk Pas dan Umno berbincang secara serius mengenai masa depan umat Islam dan Melayu di negara ini.