Skip to main content

Malaysia

Pas desak siasatan kes kematian Muhammad Adib diberi keutamaan

41524976390_PAS.jpg
Pas mendesak kerajaan memberi keutamaan terhadap siasatan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dipercayai akibat parah diserang perusuh dalam insiden Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lalu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, siasatan mengenai perkara itu perlu didahulukan memandangkan rakyat telah meletakkan harapan yang tinggi untuk kerajaan menyelesaikannya secepat mungkin bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, hari ini.

Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam, Isnin (17 Dis) lalu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video