awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS ingatkan umat Islam jangan terlibat kumpulan ekstremis

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2016
03:06 MYT
PAS ingatkan umat Islam jangan terlibat kumpulan ekstremis
TUAN IBRAHIM: Sikap melampau bercanggah dengan manhaj dakwah para ambiya', bahkan semua agama melarang sikap kelampauan.
Susulan siri letupan berlaku di beberapa negara, termasuk di Malaysia hujung bulan lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengingatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan gerakan Negara Islam (IS).
Katanya, pengakuan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa dua daripada 15 yang ditangkap berkait serangan di Puchong itu, yang dikatakan didalangi IS, adalah anggota polis, telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.
“Rasulullah diutus untuk bawa rahmat bukan bencana. Islam diturunkan untuk membawa misi penyelamat, sama ada kepada individu atau negara.
“Sikap melampau bercanggah dengan manhaj dakwah para ambiya'. Bahkan semua agama melarang sikap kelampauan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.
Tuan Ibrahim berkata, dalam perjuangan agama dan melaksanakan Islam, umat Islam tidak boleh bergopoh-gapah, dan dalam masa sama tidak boleh mengambil jalan mudah.
“Mereka yang inginkan kemenangan yang cepat akan bertindak secara agresif dan meminggirkan segala hukum larangan Islam sehingga menimbulkan gambaran yang salah terhadap Islam,” katanya.
BACA: Insiden letupan di Puchong angkara militan Daish - Ketua Polis Negara
BACA: Beberapa siri letupan bunuh diri melanda Arab Saudi
BACA: Serangan bunuh diri di balai polis Indonesia, seorang pegawai cedera
Beliau melahirkan harapan agar Khalid dan pihak Polis Diraja Malaysia dapat melakukan penambahbaikan segera, memperbaiki segala kelemahan dalam pemantauan dan membuat persediaan terbaik agar pasukan sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam membendung IS daripada terus melakukan kerosakan kepada negara.
Topic Berkaitan
#kumpulan ekstremis
#Puchong
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan