PAS lebih bersifat nasionalis berbanding UMNO, demikian sindiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Nampaknya, PAS sudah lebih bersifat nasionalis daripada UMNO.

"Selalunya kita ukur sifat nasionalis itu berdasarkan panjangnya keris yang digunakan. Lebih panjang keris itu, lebih kuat sifat nasionalisnya," katanya dalam nada berseloroh pada majlis pelancaran buku "Perjuangan Tanpa Noktah" dan "Misunderstood Man" di ibu negara pada Ahad.

Tun Mahathir berkata demikian ketika mengulas perkembangan Muktamar Tahunan PAS yang baru melabuhkan tirai pada Jumaat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilihat memotong kek dengan menggunakan keris yang secara relatifnya lebih panjang daripada biasa.

Peristiwa itu mengundang banyak reaksi terutamanya di media sosial.