awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas percaya rakyat Sweden tolak perbuatan Paludan bakar al-Quran

Bernama
Bernama
24/01/2023
20:40 MYT
Pas percaya rakyat Sweden tolak perbuatan Paludan bakar al-Quran
Takiyuddin berkata beliau yakin falsafah 'lagom' dalam budaya masyarakat Sweden selari dengan konsep 'syukur'. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pas percaya rakyat Sweden tidak akan menerima dasar dan sikap pemimpin parti politik sayap kanan Denmark-Sweden Rasmus Paludan yang bertindak membakar senaskhah al-Quran pada 21 Jan lepas.
Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata beliau yakin falsafah 'lagom' dalam budaya masyarakat Sweden selari dengan konsep 'syukur' dan 'umat wasatan' yang dibawa oleh Islam untuk membina negara sederhana serta harmoni dengan sumbangan umat Islam yang berhijrah ke negara itu.
"Justeru Pas berharap kerajaan negara tersebut mengambil tindakan tegas terhadap pelaku berkenaan sebagai langkah kawalan dan pencegahan bagi mengelakkan gejala seumpamanya berleluasa malah dibimbangi akan menjemput reaksi dan tindak balas yang memburukkan lagi keadaan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata Pas menyifatkan perbuatan Paludan itu sebagai tindakan melampau dan terdesak untuk mendapatkan perhatian sehingga ia wajar dikutuk serta dikecam oleh masyarakat seluruh dunia yang bertamadun dan menginginkan keamanan serta keharmonian.
"Berdasarkan rekod pencapaian parti pimpinannya Stram Kurs dalam Pilihan Raya Sweden serta berbelas-belas pendakwaan jenayah yang dihadapi beliau secara peribadi jelas menunjukkan pelaku tersebut hanyalah seorang pengacau yang tidak berupaya menyumbangkan apa-apa yang bermakna kepada masyarakat manusia dan Sweden khususnya," katanya.
Takiyuddin berkata kebebasan bersuara yang digunakan untuk menghina agama dan kepercayaan orang lain merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab serta turut dilarang oleh Islam.
Paludan telah diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu lepas di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar Quran
#Sweden
#PAS
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan